in

“Cikgu kata tak layak ambik sains tulen”- Gadis Kongsi Kisah Sebelum Bergelar Pelukis Angkasa Negara

Ft Image Syahirah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak sedih kalau cikgu sendiri kata kita tak mampu nak capai impian. Lagi-lagi cikgu tu sendiri yang mengajar kita mata pelajaran tersebut. Kalau min pun menangis belakang pintu.


Tapi lain pula dengan kisah pelajar ini. Menerusi perkongsian @AstroSyahirah di Twitter nya, dia berkata, semasa di bangku sekolah dia telah mengalami kisah sedih kerana tidak ditawarkan kursus yang dia inginkan. Beberapa gurunya juga berkata dia tidak layak untuk mengambil aliran sains tulen kerana keputusan PMR nya yang sederhana.

“Tak patut cakap macam tu”

Dalam temubual eksklusif dengan Lobak Merah, Syahirah atau nama sebenarnya Nurul Syahirah Nazarudin berkongsi sedikit pengalamannya sebelum bergelar Pelukis Angkasa Malaysia.

Syahirah berkata dia meminati astronomi sejak berusia 7 tahun. DIa juga dibesarkan di kawasan langit gelap di mana dia boleh melihat bintang tanpa gangguan cahaya di kawasan laur bandar di  Kelantan.

Tetapi, beberapa gurunya juga berkata dia tidak layak untuk mengambil aliran sains tulen kerana keputusan PMR nya yang sederhana.

Tapi minatnya dalam astronomi tidak pudar, Syahirah tidak mengalah dan teruskan usahanya sampai berjaya. Fighting!

Kat sini min share sikit perbualan dengan Syahirah :

Con Syahirah 1

Con Syahirah 2

 

“First time dengar pasal benda ni”

Syahirah turut berkongsi beberapa gambar bersama hasil lukisan dan pencapaiannya di Twitter. Kini Syahirah sedang mengusahakan projek kesedaran astronomi dan langit gelap, menjadi ahli dalam International Association of Astronomical Artist, dan tenaga pendidik tentang astronomi . Bangganya min ada orang Malaysia macam ni.

Astro Inspi

Beberapa netizen turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kerana Syahirah menjadi inspirasi kepada mereka. Ada juga yang baru tahu tentang kewujudan Pelukis Angkasa. Min pun baru tahu kewujudan ni hehe…

Di ruangan komen, Syahirah mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyaksikan Live Observation of Perseids Meteor Shower & count the shooting stars with Dark Sky Malaysia di @dark_malaysia pada 12 Ogos 2021 pada jam 8:00 malam. Jangan lepaskan peluang guys!

 

Semoga generasi muda dapat mecontohi Syahirah dan tidak mudah mengalah

Baca: produk direview pasti sold out netizen puji cara khairulaming bantu local seller ketika pandemik

Khairul Aming E1628132596530

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.