in

“Produk di review pasti sold out” – Netizen Puji Cara Khairulaming Bantu ‘Local Seller’ Ketika Pandemik

Ft Khairulaming Beli Review Produk Sold Out 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, more reason to be inspired by Khairulaming kerana kini ketika ramai peniaga kecil dan baru yang terkesan sewaktu pandemik Covid-19 ini, dia mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan caranya tersendiri.

Selalunya kalau membabitkan influencer ke, tweet-famous ke apa, mesti mereka perlu dibayar untuk membuat review produk kan? Tapi, berbeza pula bagi Khairulaming apabila dia sendiri akui tidak mengambil paid review serta akan beli sendiri produk yang dimahukan.


 

Beli sendiri dan review

Caranya untuk membantu peniaga baru di platform Shopee adalah dengan membeli produk mereka dan buat review di akaun media sosial peribadinya seperti Instagram dan Twitter. Tidak hairanlah ramai netizen yang memuji tindakan Khairulaming kerana bukan sahaja membantu peniaga dari segi pendapatan tetapi juga menjadi sebab produk dijual laku terjual.

https://twitter.com/khairulaming/status/1406489285428092930

Buktinya, kebanyakan produk yang dia sendiri review memang akan sold out! Ramai yang memujinya kerana benar-benar memberikan good influence dan sering memberikan manfaat kepada orang lain. Sebagai contoh, dalam isu ini Khairulaming secara tidak langsung membuatkan orang lain turut rasa nak bantu peniaga kecil dan baru yang terkesan.

Sold1

 

“Berhantu tau Khairulaming ni, apa di review mesti habis”

Melalui perkongsian di Facebook, ramai netizen dilihat memberikan respon positif dan turut sama memuji Khairulaming kerana mempunyai aura influencer yang bagus. Malah, ada yang terus mendapat idea untuk memulakan bisnes di Shopee juga disebabkan tindakannya itu.

https://www.facebook.com/107797968122800/posts/160267956209134/?d=n

 

Komen Khairulaming Fb

Kadang-kadang kita ada terasa nak makan something tapi tak terfikir boleh beli dekat Shopee, kadang-kadang tak tahu pun produk yang kita nak ada jual dekat Shopee. So, apa yang dia buat secara tidak langsung membantu pembeli lain dan of course membantu peniaga juga.

Baguslah Khairulaming ni, boleh dicontohi yang lain. So far, kalau pasal dia je kita akan dengar yang baik dan positif kan. Good influencer!

Baca: “Habis 1,800 unit!” – Gara-gara Khairulaming Buat Review, Bekas Beras Sold Out Di Shopee

Fi Ka

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.