in

“Cik B perlukan masa” – Dato’ Vida Menangis di IG Live, Cik B Tak Restu Perkahwinan Emak?

Cik B Tak Setuju Dsv Nak Kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan rahsia lagi… Kisah percintaan usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida dan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli kini menjadi bualan ramai.


Vida sendiri dalam beberapa posting di media sosial juga mengakui dia sudah membuat ujian kesuburan demi mempersiapkan diri untuk menjadi isteri kepada Iqbal.

Vida Iqbal

Walau bagaimanapun, keputusan Vida untuk kembali berumah tangga kini menjadi persoalan kerana ramai yang ingin mengetahui sama ada anaknya, Cik B setuju atau tidak dengan perkahwinan tersebut.

Menerusi live Vida semalam di Instagram, dia yang dilihat menangis kesedihan memohon doa orang ramai untuk melembutkan hati anaknya demi menerima segala keputusan.

Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa.

“Doa saya ni ibu memang la insya-Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan. 

“Termasuklah menjadi anak yang soleh, hebat, rajin bisnes, cantik, kurus dan berdikari,” katanya.

Tak cukup dengan itu, Vida juga kelihatan kerap kali menitiskan air mata apabila bercakap soal Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen sehingga terpaksa ditenangkan pembantunya.

 

“Dia risau takut mama dia dikecewakan lagi….”

Siaran langsung Vida di Instagram itu telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang berpendapat Cik B memerlukan masa untuk menerima keputusan ibunya itu.

Malah ada juga yang berpendapat kemungkinan besar Cik B bimbang ibunya dikecewakan lagi, oleh itu dia agak susah nak menerima hubungan emaknya dengan Iqbal.

Netizen Sedih Vida Menangis

Semoga dipermudahkan semuanya buat DSV. 

Baca: [VIDEO] Iqbal Nak Langsungkan Wedding Dengan DSV Di Stadium, ‘Kecewa’ Hotel Tak Tampung Ramai Tetamu

Fi Dato Vida

Sumber: MalaysiaKini
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.