Umum kini sudah tahu yang seorang lelaki mirip menteri kanan terpalit dengan kontroversi melibatkan skandal video seks gay bersama seorang lelaki bernama Haziq Aziz.
Jika sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah melalui hal yang sama pada tahun 1997, perkara ni seakan-akan berulang kembali apabila seorang menteri kanan dikenakan tuduhan yang sama.
Pun begitu, tahukah korang isu skandal video seks ini bukan isu baru kerana sejak tahun 1960-an lagi sudah ada orang kenamaan yang telah diugut dengan perkara tersebut.
Beliau ialah Presiden Indonesia, Kusno Sosrodiharjo atau Soekarno yang telah dirakam kononnya melakukan hubungan seks dengan seorang spy wanita dari Rusia.
Nama Soekarno jadi sebutan lepas Indonesia merdeka, CIA cari jalan untuk jatuhkan pemimpin dunia
Menurut portal Kaskus, seperti semua sedia maklum CIA atau Central Intelligence Agency merupakan antara badan intelligent yang paling berkuasa di dunia. Banyak idea-idea hebat dan juga ‘jahat’ muncul daripada organisasi ini demi memenuhi kepentingan dan goals Amerika dalam menguasai dunia.
Jadi apabila Indonesia mendapat kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 daripada Belanda, nama presidennya yang lebih dikenali sebagai Bung Karno ni mendapat perhatian US.
Demi mencapai matlamat menguasai dunia, US tak terlepas punyai impian untuk menjatuhkan Soekarno yang dikatakan rapat dengan negara-negara besar dunia ni. Pelbagai cara telah lakukan seperti peras ugut, bagi hadiah, cemar nama baik dan lain-lain kat negara lain.
Tapi Soekarno ni ada kelemahan diri yang boleh jadi points lah untuk US gunakan demi perangkapnya. Dia kaki perempuan dan telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang spy dari Rusia!
Jatuh cinta dengan flight attendant Rusia, dituduh melakukan hubungan seks semasa lawatan ke Soviet Union
Disebabkan Soekarno dilihat agak ‘simpati’ terhadap fahaman komunisme dan mula menjalinkan hubungan rapat dengan Soviet Union dan China, US pun mulalah plan jahatnya.
Bertiup kencang khabar angin mengatakan Soekarno kononnya ada hubungan dengan seorang pramugari Rusia (kemungkinan besar wanita tu spy KGB). Disebabkan hal ini, US mula buat cerita tentang sisi hitam Soekarno yang terlibat dalam affair tu.
Tapi tak pula Soekarno menjangka, Soviet pun cuba blackmail dia dengan isu yang sama. Soviet dikatakan telah merakam video ‘intim’ Soekarno mengadakan hubungan seks dengan sekumpulan pramugari, lapor Medium.
Malah KGB (badan spy Rusia) juga dikatakan dengan sengaja hantar gadis-gadis tu untuk menggoda Soekarno di hotel. Whaat?!
“Ada copy video lebih?”
Rasanya rakyat Indonesia sendiri sudah sedia tahu tentang sikap Soekarno yang gilakan wanita dan kerap kahwin-cerai sepanjang tempohnya menjadi Presiden negara itu. Beliau direkodkan pernah berkahwin sebanyak 9 isteri termasuk seorang wanita daripada Jepun.
Disebabkan itulah Soekarno tak pernah malu untuk demand Washington berinya wanita semasa lawatannya ke sana kerana dia mengaku dengan bangganya kepada diplomat US yang dia perlu lakukan seks hampir setiap hari!
Disebabkan sikap bangga yang dimiliki Soekarno, KGB tak menyangka yang plan dorang nak blackmail presiden ni tak menjadi. Soekarno kelihatan gembira bila spy Rusia beritahu yang mereka ada video seks dia dengan beberapa wanita. Ops!
Part paling best, Soekarno siap minta extra copy untuk diberikan kepada pengikutnya! Halamak aiii…
CIA keluarkan filem seks Soekarno
CIA yang agak slow dari KGB pada masa tu baru nak keluarkan filem seks mengenai Soekarno yang bertajuk Happy Days. Mereka juga telah menggunakan pelakon mirip wajah Soekarno. But at last, pelakon ditukar dan hanya pakai topeng wajah Soekarno.
Tapi mujurlah pada zaman tu kita tak ada Twitter dan Facebook. Rakyat tak cepat termakan dengan video-video lucah ni dan tak ada siapapun yang percaya dengan isu skandal seks tersebut.
Disebabkan hal ini, Bung Karno bertambah marah dengan US dan lebih menjalinkan hubungan lebih rapat dengan negara-negara Soviet.
Begitulah alkisahnya tentang video skandal seks Soekarno. Tak sangka min, begitu chill Soekarno menangani isu ini ye. Cuba kalau zaman sekarang, habis dah kena hentam.