in

China Wajibkan Ujian Calitan Dubur COVID 19 Kepada Semua Pelawat Antarabangsa

Calit Calitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun pernah dibantah oleh beberapa negara dahulu termasuk Malaysia, ujian calitan dubur nampaknya akan diteruskan oleh China selepas mereka mewajibkan semua pelancong antarabangsa yang tiba di negara tersebut untuk melakukan ujian COVID 19 jenis itu semalam.


Menurut Kosmo, Beijing mendakwa prosedur ini lebih tepat berbanding ujian COVID 19 yang lain.

1614312292 603873649B6D3

Doktor-doktor di negara berkenaan juga katanya telah menggunakan ujian calitan dubur terhadap pesakit yang dikuarantin untuk periksa sama ada mereka bebas daripada koronavirus ataupun tidak.

Pakar penyakit respiratori China, Li Tongzeng berkata, virus COVID 19 dapat dikesan lebih lama dalam sampel najis berbanding dalam mukus hidung atau kerongkong.

Macam manapun, prosedur tersebut telah menimbulkan kontroversi apabila prospek pelawat asing harus melalui saringan berkenaan.

 

“Ujian tidak bermaruah” – Jepun 

Terdahulu, Jepun yang tak bersetuju dengan prosedur berkenaan meminta China tidak menggunakan ujian ‘tidak bermaruah’ tersebut. Sebilangan penumpang juga berkata, kaedah terbabit membuatkan mereka ‘menderita secara psikologi’.

Tidak mengendahkan bantahan negara lain, China pada minggu lalu telah mengarahkan diplomat Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani ujian calitan dubur yang menimbulkan perbalahan dengan Jabatan Negara AS.

6038D0Bdc0996

Beijing tolak dakwaan tersebut tapi Washington sama seperti Jepun melabelkan ujian tersebut sebagai ‘tidak bermaruah’. Haish! 

Namun apa yang lebih mengejutkan, sebagai tindak balas kepada bantahan terbabit, seorang doktor di China memberitahu media tempatan yang pelancong boleh juga beri sampel najis mereka di lapangan terbang sebagai ganti.

Prosedur calitan dubur yang memakan masa hanya 10 saat ini dilakukan dengan memasukkan pelapik kapas sekitar 3 ke 5 cm ke dalam dubur dan memutarnya dengan lembut.

1061313

Sama seperti calitan hidung, pelapik tu kemudian akan dikeluarkan dan diletakkan dalam bekas sampel.

Hadoi satu kerja pulak ye kena bagi sampel najis dekat dorang kalau tak mahu calitan dubur… Pelik sungguh! 

Baca: Undang Rasa Tak Selesa Masyarakat, Tak Perlu Calitan Dubur Kerana Calitan Tekak & Hidung Dah Memadai – Pakar

Calit

Sumber: Taiwan News
Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.