in

Undang Rasa Tak Selesa Masyarakat, Tak Perlu Calitan Dubur Kerana Calitan Tekak & Hidung Dah Memadai – Pakar

Calit Dubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial memperkatakan tindakan negara China yang katanya mula melaksanakan saringan COVID 19 menerusi kaedah calitan dubur kepada individu yang berisiko tinggi dijangkiti wabak tersebut.


Kaedah tersebut telah menimbulkan rasa tak selesa di kalangan netizen, sebab kalau fikir logik pun ujian saringan dengan cara swab di tekak dan hidung pun buat orang rasa takut. Inikan pula swab di bahagian dubur. Erkk… 

4 9

Apa-apapun korang semua jangan susah hati kerana pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, ujian calitan tekak dan nasopharyngeal melalui saluran hidung sudah memadai untuk melakukan pengesanan COVID-19, lapor Berita Harian.

Menurutnya, perkara ini disahkan menerusi data yang menunjukkan kadar atau peratusan pengecaman virus SARS-CoV-2 dengan menggunakan dua kaedah calitan itu lebih tinggi.

Muftikelantan21 O Bhfield Image Socialmedia.var 1587474891

Jadi tak perlu membuat ujian pengesanan COVID 19 terhadap najis, dubur atau rektum kerana perkara ini hanya akan mengundang rasa tak selesa dan kesan negatif dalam kalangan masyarakat.

Ini akan memberikan impak negatif kepada masyarakat dalam usaha menggalakkan masyarakat menjalani ujian saringan. Saya berpendapat kita tidak perlu ujian saringan membabitkan calitan najis, dubur atau rektum,” katanya.

Tambah Dr Yahya lagi, pertama sekali orang ramai kena tahu bezakan antara ‘infectivity’ (jangkitan) dengan ‘positivity’ (positif).

 

“Sampel najis boleh positif berpuluh hari… tapi bolehkah mereka menjangkiti orang lain?” 

Menurut pakar epidemiologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud pula, kajian berkaitan keputusan positif daripada sampel sistem pencernaan sudah setahun dijalankan dan mendapati sampel yang positif dari najis boleh didapati positif lebih lama berbanding sampel daripada sistem pernafasan.

“Misalnya, sampel dari najis boleh positif hingga berpuluh-puluh hari. Bagaimanapun persoalannya, adakah pesakit yang positif calitan dubur masih boleh menjangkiti orang lain?

“Yang itu perlu jawapan dahulu kerana setakat ini kita tidak mempunyai pengetahuan lengkap mengenai hal ini,” katanya.

Admin rasa eloklah kita kekalkan saja dengan calit tekak dan hidung tu. Tak perlu sampai nak kena calitan dubur. Ngeri! 

Baca: “Macam mana berkumur saja boleh sembuh?” – Viral Video ‘Claim’ Listerine Boleh Sembuhkan Wabak COVID 19, Ini Penjelasannya…

Listerine 1

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.