in

“Checkout lepas 20 minit” – Lelaki Kongsi Pengalaman Menginap Di Hotel ‘Paranormal’ Di Bukit Merah

Ft Hotel Berhantu Bukit Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki baru-baru ini berdepan detik ‘cemas’ selepas check-in di sebuah hotel di Bukit Merah. Menurut perkongsian di TikTok tersebut, dia mula merasa tidak sedap hati selepas lokasi hotel berkenaan yang seakan-akan tidak berpenghuni langsung dan berada di ‘ceruk’.


Kalau perhatikan video yang dikongsikan, lelaki tersebut tiba di hotel berkenaan sekitar jam 7.09 malam dan meneruskan proses mendaftar masuk seperti biasa dan pada awalnya bilik berkenaan kelihatan biasa malah dia sempat review bilik tersebut.

Namun, selepas 2 minit berada di dalam bilik tersebut, dia mula terkena gangguan paranormal yang bermula dengan ketukan di pintu dan diikuti dengan tandas yang seakan-akan sedang digunakan seseorang.

Screenshot 2023 09 20 124401 Horz

Tambahnya lagi, gangguan tersebut berhenti semasa azan maghrib berkumandang dan dia seterusnya merakam kejadian tersebut.

Walaupun gangguan terhenti selepas dia mula merakam, lelaki itu tidak mahu mengambil risiko dengan bermalam di hotel itu dan bertindak untuk mendaftar keluar selepas hanya 20 minit berada di sana.

Artikel berkaitan : Ini Kisah Hantu Janet, Gadis Berbaju Merah Yang Menghantui Penduduk Di Kuching, Sarawak

Artikel berkaitan : 5 Bandar Terbiar Menyeramkan Di Seluruh Dunia & Sejarah Disebaliknya

Menceritakan tentang gangguan tersebut, dia mengatakan yang dia mula diganggu selepas mengecas telefon selepas masuk ke bilik itu. Kemudian, dia mendakwa langsir di dalam tandas seperti ditarik dan jatuh.

Dia walaubagaimanapun cuba memberanikan diri untuk melihat sekiranya terdapat seseorang yang cuba menakutkannya di dalam tandas tetapi ianya kosong.

@malaysianupdatenews Mana punya hotel la brader ni dapat ni. Memang auto checkout la! ? #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Tambahnya lagi, walaupun hanya membayar RM60 untuk bilik berkenaan, tetapi dia tidak ingin mengambil risiko diganggu sehingga pagi dan menurutnya ‘benda itu’ berkemungkinan akan mengganggunya lebih teruk sekiranya dia tetap bermalam di bilik itu.

Menerusi ruangan komen, ramai yang risau terhadap lelaki berkenaan kerana ramai mengatakan hotel tersebut dikatakan memang berhantu.

Pun begitu, lelaki berkenaan menegaskan tujuannya berkongsi kejadian tersebut bukanlah ingin menutup periuk nasi sesiapa cuma ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika ingin membuat tempahan penginapan dan mencari hotel yang lebih selesa dan dijaga rapi.

Sumber : TRP

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.