Che Ta Dah Bayar RM550K Hutang MARA, Perlu Selesaikan Baki Tertunggak Pada Mac 2025

Tambah ke Sumber Pilihan
Che Ta Dah Bayar RM550K Hutang MARA, Perlu Selesaikan Baki Tertunggak Pada Mac 2025

Baru-baru ini, kecoh apabila pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan difahamkan mempunyai hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bernilai hampir RM1 juta.

Rozita Che Wan yan juga dikenali sebagai Che Ta itu bagaimanapun disahkan sudah membuat pembayaran sebanyak RM550,000 bagi melunaskan hutang pinjaman tersebut.


Artikel berkaitan: “Sila betulkan kenyataan anda” –  Che Ta Tepis Dakwaan Tak Pernah Bayar Pinjaman MARA

Artikel berkaitan: Usahawan Dan Rakan Baik Che Ta, Anas Zahrin Bantu Bayar Hutang Kontraktor RM7K

Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu, pihaknya akan menangguhkan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap selebriti tersebut.

Bagaimanapun, baki tunggakan hutang tersebut perlu diselesaikan sebelum penghujung Mac tahun hadapan.

“Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550 ribu sehingga Jumaat lalu.

Manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan sebelum penghujung Mac,” tulisnya di aplikasi X.

Sebagai info, Che Ta membuat pinjaman dengan MARA berjumlah RM960,000 pada 2017 menerusi syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn. Bhd.

Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan miliknya dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012 telah ditangguh atas permohonan pelakon itu.

Sumber: Kosmo!

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Che Ta Dah Bayar RM550K Hutang MARA, Perlu Selesaikan Baki Tertunggak Pada Mac 2025
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/che-ta-dah-bayar-rm550k-hutang-mara-perlu-selesaikan-baki-tertunggak-pada-mac-2025/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM