in

“Celaka muka stok bangla kerja pam, model jadah pe” – Model Bangladesh Jadi Tohmahan Orang Malaysia

Bang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, viral di media sosial mengenai seorang model yang dikatakan telah mencipta sejarah apabila dia menjadi model pertama berketurunan British-Bangladesh yang muncul julung kalinya di pentas peragaan London Fashion Week.


Ramzan Miah, 25 ni baru je tiga bulan sertai agensi peragaan berasa sangat bertuah bila terpilih dalam acara yang prestij ini. Katanya, dia mula berjinak dalam bidang modelling ni semenjak usia 17 tahun lagi dan pernah jadi model untuk jenama ternama seperti John Lewish di Norwich Fashion Week.

42078580 157214228554584 8513352232522556185 N
sumber: instagram
21577290 129196907721500 4748027354352189440 N
sumber: instagram
37182733 441211326396425 7190988912477601792 N
sumber: instagram

 

Ketiak bawang, muka stok bangla kerja pam boleh jadi model? Ouch! 

Tapi biasalah kan, dah nama netizen dan netizen tu pulak datang dari Malaysia. Sedikit sebanyak Ramzan yang tak ada kena mengena ni terkenalah tempias membawangnya sikit-sikit.

Sebuah portal telah memuat naik kisah Ramzan di Instagram, tapi tak sangka pulak ia menerima pelbagai komen negatif mengenai model lelaki tersebut. Antaranya komen tentang fizikal warga Bangladesh yang busuk macam bawang, muka macam pekerja pam minyak dan lain-lain lagi. Amboi mulut laser sorang-sorang! 

020631Qb7Rmdq77Lmb780R
sumber: instagram

 

“Apsal rakyat Malaysia ni! Patutlah negara tak maju masih ramai rakyat rasis dan benci” 

Mujurlah tak ramai netizen Malaysia yang berfikiran sempit macam ni. Ada yang defend Ramzan dengan mengutuk sikap orang Malaysia yang makin lama makin rasis. Suka sangat memandang rendah terhadap orang Bangladesh. Aduhai… 

sumber: blog

Tak cukup dengan tu, netizen juga sempat beri kata-kata semangat supaya Ramzan teruskan kejayaan yang dikecapi. Banyaklah followers Ramzan dari Malaysia lepas ni ye.

020637G6O7Drk447Y6N5D5
sumber: blog

 

Bukan calang-calang, pernah muncul dalam beberapa filem

Bagi mereka yang pandang rendah kepada model ni, korang patut cermin semula diri sendiri sebab Ramzan ni bukan je jadi model, dia juga berbakat dalam dunia lakonan. Beliau pernah muncul dalam filem Legacy, Naca, Ghost Stories, The Rocketman dan filem Disney baru, Aladdin.

Ramzan pada masa yang sama berharap agar usahanya ni dapat beri dorongan kepada orang lain untuk tonjolkan identiti mereka.

34090091 182081452497476 4431983916747849728 N
sumber: instagram
31719774 383257708857760 4081863353918554112 N
sumber: instagram
40061544 231497844212245 4857471690219497980 N
sumber: instagram

Semoga terus sukses! Kejayaan tak diukur dengan siapa atau apa bangsa dan latar belakang anda. Yang penting kena ada usaha! 

Baca: Nak Balik Jauh, Lelaki Bangladesh Ni Hanya Mampu Nangis Waktu Solat Sebab Ibu Meninggal

B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.