in

“Cecah RM14 sekilogram” – Bekalan Ikan Kembung Berkurang Jadi Punca Harga Makin Meningkat

Harga Ikan Kembung Naik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, bekalan ikan kembung yang berkurangan di pasaran telah menyebabkan peningkatan harga ikan tersebut hingga mencecah RM14 sekilogram di Alor Setar dan difahamkan peningkatan harga berkenaan berlaku sejak dua minggu lalu.


Menurut peniaga ikan di Alor Setar, Azizah Ishak, dia menjangkakan bahawa harga ikan berkenaan akan terus meningkat sekiranya bekalan berkurangan dek kerana cuaca yang tidak menentu.

Buat masa ini, keadaan cuaca tidak menentu, angin yang kuat serta lautan bergelora menyebabkan ramai nelayan tidak turun ke laut dan ini secara tak langsung menyebabkan tangkapan nelayan sangat kurang, hanya sekitar 20 hingga 50 kg sahaja akibat peralihan monsun.

Download

Tambah Azizah lagi, kekurangan bekalan ikan ini menyebabkan harga ikan kembung meningkat hingga RM14 sekilogram dan menyebabkan peniaga tidak berani untuk mengambil bekalan yang banyak untuk dijual bimbang kerugian.

Selain itu, para peniaga khuatir harga yang terlampau ‘keras’  tersebut akan membebankan pembeli selain harga yang dipaparkan mengejutkan mereka yang tidak mempunyai pilihan. Ada ikan yang dijual murah, namun saiznya agak kecil.

“Sebelum ini, hasil tangkapan harian nelayan mampu mencecah antara 700kg hingga satu tan, namun disebabkan musim peralihan monsun ini, ianya sangat berkurangan.” 

Boat Canal Vehicle Fishing Asia Waterway 177390 Pxhere.com

Perkara tersebut diakui oleh nelayan, Tahir Romli. Menurutnya, tangkapan ikannya berkurangan sejak dua minggu lalu dan pendapatan nelayan kecil sepertinya akan terjejas bila musim peralihan monsun ini kerana ikan akan banyak berkumpul di tengah laut.

Difahamkan, selain harga ikan kembung, masalah kekurangan bekalan yang berlaku kini turut menyebabkan harga ikan lain meningkat dan salah satu faktornya adalah cuaca, yang menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut pada sebelah petang kerana kerap hujan dan bergelora.

Sumber : Sinar Harian

Baca : Coklat Dijangka Jadi Makanan ‘Mewah’ Menjelang 2030, Bakal Pupus Pada 2050

Coklat Bakal Pupus

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.