in

Coklat Dijangka Jadi Makanan ‘Mewah’ Menjelang 2030, Bakal Pupus Pada 2050

Coklat Bakal Pupus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan suhu seantero dunia akan menyebabkan salah satu manisan kegemaran ramai iaitu coklat dalam status yang membimbangkan dan tidak mustahil pupus menjelang tahun 2050 menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) Amerika Syarikat.


Menurut mereka, peningkatan suhu akan menyebabkan negara pengeluar koko iaitu tumbuhan utama yang digunakan dalam pembuatan coklat terpaksa menanam tumbuhan tersebut lebih 1,000 kaki  di kawasan pergunungan yang rata-ratanya diwartakan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.

Selain itu, Oxfam, gabungan 21 pertubuhan amal bebas yang memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan global juga mengeluarkan amaran yang sama tentang kemungkinan kepupusan coklat pada pertengahan abad ke 21 iaitu tahun 2050.

Aayghui

Tambah mereka lagi, sebelum coklat lenyap terus dari dunia ini, harganya akan melambung naik selain akan menjadi makanan mewah dan eksklusif sehingga ia akan menjadi setaraf dengan kaviar.

Hal ini difahamkan bakal terjadi gara-gara perubahan iklim yang menyebabkan peningkatan suhu dunia menurut laporan yang dikeluarkan oleh Oxfarm Intermon tersebut. Secara tak langsung, keadaan ini akan menyebabkan negara-negara pengeluar koko akan mengalami kemarau dan akan menyebabkan tanaman koko seluruh dunia rosak.

Antara yang bakal terjejas terus adalah Ghana dan Ivory Coast yang merupakan pengeluar koko yang terbesar di dunia dengan jumlah produksi sebanyak 50%.

Aaygyoa

Menerusi laporan yang disediakan oleh The International Center for Tropical Agriculture (CIAT), dua negara ini akan mengalami kenaikan sehingga 2 darjah celsius bermula sekarang hingga tahun 2050 yang akan menyebabkan penuaian koko hampir mustahil kerana tanaman tersebut sangat bergantung kepada iklim tropika yang lembab selain suhu sekitar 20 darjah celsius.

Hal ini kerana tumbuhan koko ini yang banyak ditanam di kawasan beriklim tropika dengan taburan hujan sepanjang tahun. Sekiranya suhu meningkat atau kurangnya hujan, maka ia akan terjejas teruk.

Dalam masa yang sama, tumbuhan koko memerlukan tempoh yang agak lama untuk matang iaitu 5 tahun selain hanya mampu hidup sekitar 30 tahun. Disebabkan itu, perubahan cuaca yang berlaku sekarang ni tidak akan menjejaskan generasi tumbuhan koko sekarang tetapi mengancam generasi tanaman seterusnya.

Aayghuy

Dengan permintaan yang tinggi diterima setiap tahun, tempoh 5 tahun untuk matang ini mungkin tidak mencukupi. Perubahan suhu ini juga menyebabkan banyak tumbuhan dijangka tidak dapat mengeluarkan hasil yang boleh memenuhi kesemua permintaan.

Pada masa ini, antara usaha yang sedang dilakukan adalah untuk mengubahsuai genetik tumbuhan koko ini supaya ia mampu bertahan dalam iklim yang lebih kering dan persekitaran yang lebih tinggi suhunya.

Selain itu, para petani koko dinasihatkan untu menanam jenis koko yang lebih ‘lasak’ dan mempu bertahan sekiranya berlaku kemarau atau menggunakan teknik yang digunakan di Brazil yang mana pokok jenis tinggi ditanam bersebelahan dengan tanaman koko yang akan bertindak sebagai ‘payung’ kepada tumbuhan tersebut.

Walaupun ada beberapa cara yang boleh digunakan, masa depan tumbuhan koko dalam tempoh mendatang masih tidak dapat dipastikan selain ianya akan mengalami kenaikan harga dan lebih mahal dari sekarang.

Baca : Semak 7 Fakta Menarik Tentang Filem Charlie & The Chocolate Factory, Rupanya Guna 1,850 Bar Coklat Sebenar!

F2 Charlie Factory

Sumber: Daily Digest
Sumber: Daily Digest
Sumber: Daily Digest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.