in

“C*bai luuuu…” – ‘Lebai’ Kena Cekup Sembah Tokong, Netizen Cakap Sengaja Main Isu Agama?

Lebai Oiiii
Lobak Merah
Lobak Merah
"C*bai luuuu..." - 'Lebai' Kena Cekup Sembah Tokong, Netizen Cakap Sengaja Main Isu Agama?
Loading
/

Baru-baru ni sebuah video menunjukkan seorang lelaki Cina berpakaian ala ‘lebai’ tersebar dan menaikkan kemarahan ramai orang terutamanya netizen beragama Islam.

Menurut Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di Tanjung Piandang, Parit Buntar dan dalam video tu, lelaki tersebut dilihat memakai t shirt putih, berkain pelikat dan berkopiah seolah-olah menunjukkan imej seorang ‘lebai’.

Lelaki berusia 43 tahun dan berasal dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang tersebut mencetuskan kontroversi apabila dia dilihat menyembah berhala ‘Datuk Kong’ dengan berpakaian sebegitu.

Lebai

Lebai1
sumber: facebook

Wakil daripada  Jawatankuasa Masjid Jamek Tanjung Piandang juga telah tampil membuat laporan atas alasan aksi itu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, permusuhan, niat jahat atau memudaratkan hubungan serta perpaduan.

Semalam, pihak polis berjaya menahan lelaki tersebut kira-kira jam 5 petang. Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata lelaki itu sendiri telah menyerah diri dan ditahan di perkarangan  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung klip video yang tular baru-baru ini. Tiada sebarang rampasan dibuat kerana pakaian yang dipakai oleh lelaki berkenaan seperti dalam rakaman video yang tular sudah dibuang oleh individu yang tidak dikenali.”

Lebai2
sumber: facebook

Netizen yang dah tengok video berdurasi 15 saat tu rata-ratanya tidak berpuas hati kerana aksi tersebut menyinggung sensitiviti agama.

Antara komen netizen di Facebook adalah,

“Teknik sekarang ni diorang sengaja buat.. Kerap dan berterusan sebab undang-undang tak boleh hukum diorang.”

“Kenapa sekarang pelik pelik ye.. Dulu tak pernah den terdongar benda macam ni sampai berani persenda kan pemakaian orang Islam.”

“Kasi sumbat dalam lokap!”

“Sengaja nak cari pasal dorang ni.”

Tonton video kontroversi tu di bawah:

Bagaimanapun, menurut Awani, lelaki yang juga merupakan seorang nelayan tu akan dibebaskan hari ini. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata lelaki itu dijangka dibebaskan dengan jaminan polis dalam tempoh 24 jam atau sebelum 7 malam hari ini atau selepas siasatan selesai dijalankan.

Kes ini tidak terhenti di sini kerana siasatan daripada pelbagai aspek akan diteruskan terhadap suspek.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca: “Lembu tu tuhan..Bodoh sama macam tuhan dia” – Lelaki Melayu Hina Agama Hindu Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia

Hinahindu 1