Sejak akhir-akhir ini, pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang apabila mendapati platform kegemaran mereka semakin dibanjiri dengan iklan-iklan perjudian dalam talian (online gambling).
Apa yang lebih mengejutkan dan merisaukan orang ramai adalah taktik promosi yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini yang dilihat semakin berani dan mencabar sensitiviti agama.
Artikel berkaitan: “Akaun FB pernah dipalsukan promosi j*di” -Terpalit Dakwaan Hina Agong, Cayson Goh Buat Laporan Polis
Artikel berkaitan: Selain Roblox, Ini 9 ‘Online Game’ Popular Sedang Diteliti Kerajaan Untuk Dilesenkan
Ingatkan video Ai, rupanya tak. Makin lama makin berani ya promote judi. Kononnya game lah sangat. Bodoh betul 😅 pic.twitter.com/1Jng7rgeyk
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 20, 2026
Menerusi beberapa klip video yang tular, taktik terbaru iklan tersebut adalah dengan menampilkan pelakon yang berpakaian sopan malah ada yang bertudung dan ada juga yang bersongkok.
Perkara ini dilihat seolah-olah ingin menormalisasikan aktiviti haram tersebut dalam kalangan masyarakat setempat.
Iklan tersebut bukan sahaja menjanjikan kemenangan mudah mencecah ribuan ringgit, malah turut memaparkan testimoni kononnya wang kemenangan tersebut berjaya dikeluarkan (withdraw) dengan pantas ke dalam akaun bank.
Isu ini telah mencetuskan perdebatan hangat di ruangan replies platform X. Rata-rata netizen menganggap penggunaan imej berpakaian tradisi dan agama dalam iklan judi adalah satu penghinaan dan cubaan untuk menyesatkan lebih ramai orang, terutamanya golongan muda.

Pihak berkuasa dan penyedia platform media sosial juga digesa untuk lebih tegas dalam menapis kandungan iklan seperti ini agar tidak terus berleluasa dan merosakkan moral masyarakat.
Sumber: X
