in

Catat 77 Kes Covid-19 Dalam Tempoh 2 Minggu, Taiping Diisytihar Zon Merah

Ft Taiping 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan wabak Covid-19 di negara ini dilihat semakin berbahaya hingga menyebabkan beberapa kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Baru-baru ini Taiping pula menjadi ‘mangsa’ penyebaran ini apabila disahkan berlakunya 77 kes Covid-19 dalam tempoh 2 minggu.


Seramai 48 pesakit daripada 52 orang yang direkodkan adalah daripada mukim Taiping lapor Harian Metro. 

Jangkitan ini dikatakan mempunyai sejarah pergerakan ke penjara Alor Setar yang ketika ini dalam keadaan ‘parah’.

 

Capture 1 6 2

 

“Satu kes positif itu mempunyai sejarah pergerakan ke Penjara Alor Setar pada 27 dan 28 September 2020. Bagaimanapun pada 10 Oktober lalu, terdapat individu bergejala demam dan menerima rawatan di klinik pusat tahanan terbabit.

Saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19 dilakukan kepada semua kes baru kerana mereka dikatakan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif Covid-19.

Keputusan yang diperolehi menunjukkan tiada sebarang jangkitan berlaku.

Walaubagaimanapun, ujian PCR kedua dilakukan dan keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) kedua menunjukkan hasil yang sebaliknya.

 

Capture 2 4

 

Hasil keputusan tersebut adalah positif jangkitan serta menunjukkan merupakan jangkitan tempatan.

“Seterusnya pada 13 Oktober 2020, sampel kedua ujian PCR diambil, dengan keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) kedua pada 14 Oktober 2020 menunjukkan positif. Semua kes ini adalah jangkitan tempatan,” – Jabatan Kesihatan Perak

Namun kesemua 52 kes baharu sudah diasingkan dan pengesanan kontak sedang dijalankan.

 

Jadi, untuk korang dekat luar sana jangan cepat panik, kerana kes ini masih terkawal. Apa yang penting adalah untuk sentiasa patuh SOP, okay?

 

Baca : Kes Dari Kluster 1 Utama Meningkat 105 Orang Positif Covid-19

Capture 6 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.