Baru-baru ini, heboh di media sosial di mana seorang pelakon senior iaitu Aman Graseka dikatakan mempunyai masalah kewangan sehinggakan dia terpaksa meminta bantuan dari orang ramai serta rakan artis.
Menurut laporan Harian Metro, disebabkan berbangkitnya isu itu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membantu meringankan beban pelakon senior itu serta menolong dalam mencarikan pekerjaan (berlakon) untuknya.
Artikel berkaitan: Mas Idayu Terkejut Aman Graseka Hidup Susah, Persoal Kenapa Tak Minta Tolong Anak
Artikel berkaitan: “Isteri dia yang tak bagi shooting” – Didakwa Hidup Susah, Ellie Suriaty ‘Spill Tea’ Pasal Aman Graseka
Radhi Khalid yang merupakan timbalan presiden Karyawan memberitahu pihaknya akan mencuba untuk menghubungi Aman untuk membantunya mendapatkan bantuan kewangan.
“Beberapa bulan lalu, dia ada menghubungi saya dan maklumkan situasi kehidupannya ketika itu yang agak susah. Jadi, saya berikan sumbangan secara peribadi beberapa kali.
Saya panjangkan juga perkara ini kepada persatuan dan kami turut menghulurkan bantuan. Saya pernah berikan cadangan kepadanya untuk memohon bantuan daripada Baitulmal.
Selain itu, saya juga pernah menghubungi pengarah yang pernah bekerja dengannya untuk bantu mencari peluang pekerjaan (berlakon) kepadanya,” katanya.
Selain itu, Radhi juga berkata pihak Karyawan pernah berhasrat untuk menziarahi pelakon senior itu bagi melihat sendiri keadaan kehidupannya.
Dalam laporan yang sama, difahamkan pihak Karyawan ditanya mengenai isu Aman Graseka ‘dikawal’ oleh isterinya namun Radhi berkata dia tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara itu.
Sementara itu, Radhi turut berpesan kepada mereka yang bekerja dalam industri filem di Malaysia supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan atau dalam situasi kecemasan.
Sumber: Harian Metro