“Cari siapa Nadia ni!” – [VIDEO] Rider Kena ‘Scam’, Customer Pesan Makanan Tapi Tak Bayar

Tambah ke Sumber Pilihan
“Cari siapa Nadia ni!” – [VIDEO] Rider Kena ‘Scam’, Customer Pesan Makanan Tapi Tak Bayar

Menjadi seorang rider makanan bukanlah satu kerja yang mudah, mereka perlu menempuh cuaca yang tidak menentu malah mereka juga perlu melayan kerenah manusia yang bermacam jenis.

Rider juga kadang-kadang perlu mendahulukan wang mereka untuk memenuhi perbelanjaan untuk bekerja pada hari itu.


Sebagai contoh, seseorang memesan makanan dalam jumlah yang banyak dan kemudian melarikan diri sebaik sahaja mereka menerima pesanan mereka. Malangnya, itulah yang berlaku kepada rider Foodpanda ini.

Sebuah video telah viral dimana seorang rider telah ditipu sehingga RM 100 oleh seorang gadis bernama ‘Nadia’.

Video tersebut dimuat naik oleh @sokcantikkau dan setakat ini video tersebut telah mendapat lebih 800K tontonan dan lebih tiga ribu komen.

Siapa Nadia?

Difahamkan, ‘Nadia’ telah membuat pesanan dan telah mengambil makanannya tetapi menghilangkan diri sebaik menerima makanan tersebut dan rider tersebut menunggu sehingga beberapa jam tetapi masih tidak dibayar.

Video berdurasi 15 saat itu menarik perhatian netizen, rata-rata bersimpati atas nasib rider tersebut dan tidak kurang juga yang ingin mencari siapakah ‘Nadia’ itu.

Mmmmk

Berkemungkinan Nadia sudah dikenal pasti?

Dalam video yang berikutnya, dikatakan Nadia itu sudah dikenal pasti dan dia merupakan pekerja di kilang yang sama dengan pemilik video tersebut tetapi masih belum dapat dipastikan adakah ‘Nadia’ berkenaan telah membayar RM 100 itu.

Tak baik lah aniaya orang, kang kena balik baru tau!

Baca: Rider Makanan Kongsi Detik Ngeri Hampir Diterkam Pak Belang, Nasib Sempat Pecut Motor

Untitled Design 2022 03 15T163706.912

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Cari siapa Nadia ni!” – [VIDEO] Rider Kena ‘Scam’, Customer Pesan Makanan Tapi Tak Bayar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/cari-siapa-nadia-ni-video-rider-kena-scam-customer-pesan-makanan-tapi-tak-bayar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM