in

“Cantiknya” – Padam Semua Gambar “Freehair” Di IG, Ramai Netizen Terpegun Bila Dapat Tahu Kilafairy Mula Berhijab

Kila5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali terpalit dengan kontroversi kerana cara pemakaiannya, pelakon dan penyanyi Kilafairy telah membuat satu ‘kejutan’ sehingga netizen turut terharu apabila dia kini sudah ‘berhijrah’ dan tampil dengan imej terbaru memakai hijab.


Biarpun penghijrahan itu telah dibuat sekitar beberapa hari yang lalu, ramai netizen mula perasan apabila penampilan barunya itu viral di Twitter baru-baru ini

 

Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa”

Jika diperhatikan di Instagram sekalipun, kesemua gambarnya masa tengah freehair dulu sudah dipadamkan.

Malah, lapor Harian Metro, ayahnya begitu sebak apabila diberitahu anaknya itu sudah berhijab kepada pada hari raya ke-11 yang lalu.

Detik-detik sebak itu diceritakan menerusi saluran YouTube rasmi Kilafairy sendiri.

Menerusi Berita Harian, Kilafairy menjelaskan bahawa penghijrahan ini memang dilakukan secara sukarela dan berdoa agar dapat istiqamah.

Doa itu di juga dititipkan oleh rakan artis iaitu Neelofa dan berharap agar Allah kuatkan hati dan imannya. Lapor mStar Online.

Malah, penghijrahannya ini diterima baik dan dorongan positif oleh netizen. Masing-masing memuji dan begitu gemar melihat imej terbarunya ini yang nampak lebih cantik.

 

Sebelum ni perasan pakaian dia makin sopan je, alhamdulillah dah bertudung – Netizen

Kila4 Kila Kila2 Kila3

 

Baca : “Saya jarang pakai baju dedah tubuh” – Kilafairy Tak Suka Dilabel Sebagai Simbol Seks

Kf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.