in

“Cantik tapi miskin” – Netizen Label Gadis Ini ‘Pengemis’ Guna Kecantikan Minta Lelaki Beli Hair Curler RM400 di Twitter

Cecantik Kerw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul ke jadi orang cantik ni beruntung sangat? Ramai di kalangan netizen cakap, kalau orang cantik minta apa-apa, mesti lelaki kat luar sana berpusu-pusu datang nak belikan.


Inilah yang berlaku kepada seorang gadis yang kononnya minta netizen belikan dia hair curler berharga RM400 di Twitter. Ingatkan tak ada yang nak beli, tup-tup ada yang DM siap post lagi barang tu kat dia. Amboi untungnya! Tapi wajar ke perangai meminta-minta ni? 

 

“Nak beli satu hair curler ni tapi barang yang saya nak ni mahal sikit. Ada tak sesiapa yang nak belanja saya?” 

Sebaik saja gadis ini memuat naik tweet meminta netizen belikannya hair curler bernilai RM400 tu, tak disangka-sangka ada seorang lelaki DMnya di Twitter dan menyatakan hasrat nak membeli.

Kata gadis ni jugak, mana-mana orang yang belikannya hair curler tu akan dapat gambar ‘selfie’ dirinya dengan rambut berkerinting. Ah gitu! 

Eb6C0Cfxyaeb8Ra

Eb6C0Ccw4Aeadpp

Eb6C0Cmxuaincgk

Eb6C0Chxsaadrbn
sumber: twitter

 

“Dia yang NAK belanja. Saya takkan nak cakap tidak.”

Tapi disebabkan posting tersebut mendapat kecaman dan balasan ‘bitter’ dari golongan lelaki, gadis terbabit kembali memperjelaskan situasinya. Menurutnya, lelaki tersebut yang MAHU membelikannya hair curler tersebut. Jadi tak ada sebab untuk dia katakan tidak.

Pada masa yang sama, dia juga tak faham mengapa semua orang marah sangat dengannya yang menggunakan ‘keistimewaan’ kecantikannya untuk dapatkan barang tersebut. Lahaiii…

Cantik Ke Sis
sumber: twitter

 

“Pengemis millenials!” 

Seperti yang korang jangka, tindakan gadis ini pastinya akan mendapat cemuhan netizen ramai. Ini apa yang netizen katakan.

Haram
sumber: twitter

Haih macam-macam lah kan. Bagi admin, kalau nak meminta-minta pun berpada-padalah. Kalau korang ni memang orang susah dan minta derma pengajian ke, makan ke, perubatan ke tak apalah. Tapi yang kalau macam ni, admin no komen.

Untunglah jadi orang cantik! 

Baca: “Lutut lupa nak berus ke” – Dikecam Lutut Berkerak, Respon Haneesya Hanee Memang ‘Win’

Lutut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.