in

“Cantik getah spender, tak koyak lagi” – Kreatif Dalam Berfesyen, Sherry Ibrahim OOTD Tayang Jenama Seluar Dalam?

Tayang Spender

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhijab tidak menghalang seorang wanita untuk mix and match serta mengikut arus fesyen zaman sekarang. Malah admin rasa, wanita bertudung sejak akhir-akhir ni dilihat lebih fashionista dari gadis-gadis lain di luar sana.


Pun begitu, pelakon dan usahawan muda, Sherry Ibrahim telah dikecam netizen gara-gara ‘terlalu kreatif’ dalam berfesyen. Uiks pasal apa pulak ni? 

Sherry
sumber: instagram

 

Getah seluar dalam ke tu? 

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Sherry di Instagram, ramai antara netizen claim kononnya nampak getah jenama seluar dalam terkeluar dari jeans yang digayakannya. Biar betul? Cuba korang tengok sendiri kat bawah ni.

View this post on Instagram

Neon why not ? ???

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

 

“Getah spenda ka? Jenama spenda pun nak tunjuk ka? Hahaha ok bye” 

Seperti yang korang dapat agak, gambar ni kalau dah jatuh ke tangan makcik dan pakcik bawang mestilah kena kecam kaw-kaw kan. Rata-rata netizen menegur gaya fesyen Sherry yang dianggap agak keterlaluan dan pelik kerana ia langsung tidak menunjukkan imej wanita muslimah yang dibawanya. 

Nampok Spenda
sumber: instagram

 

“Tu getah seluar jeans kot. Memang style macam tu. Apa daaa” 

Pun begitu, ada di antara netizen mempertahankan Sherry dengan mengatakan memang gaya fesyen seluar tersebut begitu dan getah tersebut bukanlah getah seluar dalam yang orang lain sangkakan. Bila difikirkan betul jugak, takkanlah Sherry nak pakai seluar tayang seluar dalam kan? 

Style Baju
sumber: instagram

Apa-apapun admin harap para artis kat luar sana berhati-hatilah dalam berfesyen dan muat naik gambar ke media sosial. Biasalah, makcik dan pakcik bawang ni semua dah bersedia nak mengecam kan?

Baca: “Macam mana bernafas tu, ikot telinga ke” – Fesyen Baju Melayu Sendat Sampai Nampak P*ting Jadi Perbualan Netizen

Fesyen

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.