in

“Cakap dengan orang kaya elok-elok” – Gara-gara ‘Menghina’ Polis, 2 Wanita Disaman RM9,000

Hina Polis Wanita Singapura Orang Miskin

Gara-gara ditegur oleh seorang polis wanita kerana merokok di kawasan yang dilarang, dua wanita telah menghamburkan kata-kata hinaan kepada polis terbabit.

Menurut The Straits Times, dua wanita terbabit, Koh Lee Yen, 50, dan Chee Kam Fah, 49, masing-masing pengarah dan pemilik saham kepada sebuah syarikat barang kemas terkenal di Singapura.

Hina Wanita

Kejadian yang berlaku di Lucky Plaza, Orchard Road ini terjadi apabila, seorang anggota polis bantuan, Asyikah Suri Kamsari sedang menjalankan tugas bersama rakannya telah menegur Koh dan Chee kerana merokok di kawasan tidak sepatutnya.

Sambil dia sedang ambil details mereka untuk mengeluarkan saman, kedua-dua wanita kaya itu tiba-tiba menghamburkan kata-kata kejian padanya.

Antara yang disebut,

Cakap dengan orang kaya elok-elok, kau tu gadis miskin. 

“Gaji kau berapa, seribu dolar sebulan saja aku rasa. Perempuan gila, lebih baik kau balik peluk bantal dan menangis. Gaji kau pun tak cukup nak beli bantal dekat aku.”

Tak cukup dengan itu, Chee dengan bangganya telah mengeluarkan not 1,000 dollar dan memberi pada Asyikah sambil Koh berkata, “Kau patut diam dan ambil duit ni.” 

Polis Singapura
Polis singapura

Tindakan dua wanita itu telah dirakam dari kamera badan polis berkenaan dan dia juga telah membuat laporan polis berkenaan perkara itu pada hari yang sama.

Dua wanita terbabit kemudian didenda 3,000 dollar bersamaan dengan RM9,427 atas kesalahan menghina seorang penjawat awam.

Menurut pendakwaraya yang mengendali kes ini, tindakan dua wanita terbabit dianggap sebagai satu penghinaan dan menjatuhkan maruah kerana mangsa hanya melakukan tugasnya sebagai anggota polis.

Haih macam-macam ye. Bila dah kaya janganlah meninggi diri macam tu. Kan dah kena saman. 

Baca: “Saya tak berniat menghina sesiapa terutama uncle itu” – Founder Mohon Maaf, Isu Biadap Dengan Orang Tua

Carl Samsudin