in

Caj Pelanggan 20 Sen Untuk Setiap Cawan & Pinggan Plastik Yang Digunakan Masa Ketiadaan Air, Restoran Kayu SS2 Disiasat!

Caj 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Syarikat Bekalan Air Selangor mengumumkan masalah gangguan air yang bakal berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor, pengguna telah ambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan air sebanyak mungkin di rumah.


Pun begitu, premis seperti car wash dan restoran pastinya mengalami kerugian besar kerana mereka terpaksa membeli air dari luar ataupun menyimpan lebih daripada pengguna biasa.

P6 Main Rq 070318 P006B Raqib 1 13120601
sumber: the star

Disebabkan perkara ni, nampaknya ada pula restoran di luar sana yang mengambil ‘kesempatan dalam kesempitan!’ 

 

Caj ‘extra’ 20 sen untuk setiap pinggan dan cawan plastik 

Menurut Sin Chew Daily, sekeping gambar yang sedang viral di WhatsApp menunjukkan resit dari restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar di SS2, Petaling Jaya telah mengecaj pelanggan atas pinggan dan cawan plastik yang digunakan mereka.

D10E
sumber: scd

Resit tu jelas menunjukkan extra RM0.20 dicaj untuk setiap pinggan dan cawan plastik yang diguna pelanggan ketika kawasan tersebut sedang mengalami masalah gangguan air semalam. Aduiii pinggan plastik pun mau caj ke mamak??

 

Manager mengaku 20 sen dicaj sebab masalah gangguan air

Nampaknya gambar yang viral tu bukan main-main sebab perkara ni telah disahkan oleh manager Kayu Nasi Kandar sendiri.

“Dalam jam 7pm (23 April), tiba-tiba tiada air, jadi kami terpaksa gunakan cawan dan pinggan plastik. 

“Kutleri plastik yang kami beli ni high quality, ia bernilai 30 ke 40 sen setiap satu. Kami hanya caj pelanggan 20 sen setiap satu,” kata manager restoran, Mohamad Sajahan.

B1B8
sumber: scd

Tambah Mohamad Sajahan, tujuan mereka menggunakan kutleri plastik ini adalah untuk ‘menjaga kebersihan’ restoran SS2 Kayu itu.

Pun begitu, menurut Free Malaysia Today, mereka telah menggunakan pinggan dan cawan biasa buat masa ini kerana masalah air sudah pulih ‘sedikit’.

 

KPDNHEP akan siasat kes ‘caj 20 sen’ 

Walau bagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian KPDNHEP dan pegawai mereka telah pun membuat ‘kunjungan’ ke SS2 Kayu untuk menyiasat kes tersebut.

“Menteri (Datuk Seri Saifuddin Nasution) baru saja bawa isu ini selepas meeting Kabinet dan telah mengarahkan pegawai terbabit untuk menyiasat,” kata sumber.

Siapa yang terkena extra caj ni? Kongsikan dengan admin! 

Baca: Bagi Memudahkan Pengguna, Ini 10 Lokasi Bantuan Air Di Kawasan Lembah Klang Yang Beroperasi 24 Jam

Airr 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.