in

Cabul Empat Pesakit Lelaki, Doktor Malaysia ‘Dibuang’ Dari New Zealand

Dr Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Doktor merupakan antara kerjaya yang dihormati dan dipandang tinggi kerana keupayaan mereka untuk menyelamatkan nyawa orang ramai menangani penyakit dengan berbekalkan pengetahuan dan latihan yang diperolehi selepas bertahun-tahun belajar di sekolah perubatan.

Pun begitu, ada berita yang kurang enak didengari apabila seorang doktor yang dipercayai dengan pesakit telah mencabul seramai empat orang pesakitnya.


Doctors For Men 732X549 Thumbnail 1 732X549 1
Gambar hiasan

Doktor tersebut dikenali sebagai David Lim Kang Huat yang berasal dari Malaysia dan menjadi doktor di sebuah hospital di New Zealand.

Menurut laporan The Star, keempat-empat mangsa memberitahu Mahkamah Daerah Napier pada tahun 2017, mereka telah dibius dan tidak sedarkan diri, kemudian mereka terjaga dan mendapati doktor tersebut menggosok kemaluan mereka.

Diusir dari New Zealand

Terbaru, doktor yang telah menjalani hukuman penjara selama lima tahun di penjara North Island, New Zealand itu telah dibebaskan dan berkemungkinan akan dihantar semula ke Malaysia selepas dilarang untuk kembali ke New Zealand.

Jurucakap Kementerian Perniagaan, Inovasi dan Pekerjaan (MBIE) mengesahkan doktor berusia 46 tahun itu diusir pulang pada 3 Jun.

Hmm, berat ni!

Baca: Doktor Pakar Dakwa Virus Cacar Monyet Banyak Tersebar Dalam Golongan Gay

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.