in

Doktor Pakar Dakwa Virus Cacar Monyet Banyak Tersebar Dalam Golongan Gay

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan lebih 14,000 kes melibatkan virus cacar monyet yang dilaporkan dari 70 buah negara sejak May lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 21 Julai lalu untuk menentukan sama ada wabak itu merupakan masalah kesihatan peringkat global.


Sehingga kini, sudah lima kematian yang dilaporkan melibatkan virus cacar monyet di Afrika.

61653276269 Monkeypox

Di Singapura pula, pihak berwajib sudah mengenalpasti 6 kes melibatkan virus cacar monyet, di mana tiga daripadanya merupakan kes tempatan. Bagaimanapun, ketiga-tiga pesakit tidak berkait.

Profesor Madya Hsu Li Yang, pakar penyakit berjangkit di Universiti Nasional Singapura berkata, kes tempatan yang berlaku di Singapura adalah membimbangkan dan harus ditangani dengan segera.

Dalam perkembangan semasa isu ini, virus cacar monyet mula merebak dengan cepat di Eropah. Menurut pakar, kes virus cacar monyet di sana berkait rapat dengan acara Pride LGBTQ dan ia ditularkan melalui hubungan seksual.

“Ianya hampir pasti ditularkan melalui sentuhan dekat semasa melakukan hubungan intim,” jelas beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa kebanyakan kes yang direkodkan pada ketika ini adalah disebarkan melalui hubungan seksual di antara lelaki dan lelaki. Ini dapat dilihat melalui rekod klinik kesihatan apabila pesakit mendapatkan bantuan untuk penyakit kelamin yang mereka hadapi

Kredit: Strait Times

BACA: Kes Melebihi 15 Ribu Seluruh Dunia, WHO Pertimbang Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global

Capture 1 9

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.