in

“Butik makin gah, hutang tak bayar”

Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Duit ni time nak pinjam kejap je mintak kan. Tapi bila nak bayar, memang liat. Ni lah yang selalu jadi bila sebut pasal hutang.


Menurut Astro Gempak, adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari baru-baru ini ada meluahkan rasa tidak puas hati kepada seorang pereka fesyen terkenal tempatan ni sebab hutang.

Whatsapp Image 2018 06 05 At 14.20.51
sumber: facebook

Pereka fesyen tu khabarnya masih tidak melangsaikan hutangnya dengan suami pelakon cantik Yana Samsudin biarpun sudah beberapa tahun berlalu. Bukan seringgit dua, tapi hutang yang tidak dijelaskan pereka fesyen terkenal tu katanya bernilai RM10,000. Mak ai banyaknya!

Semalam Fadzil ada memuat naik satu entri di laman Facebook miliknya mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh pereka fesyen terkenal tu.

“Bila nak bayar hutang? Dah tiga tahun dah ni? Tiap-tiap tahun nampak pergi luar negara, butik pun nampak makin gah. Tak banyak pun (hutang) RM10,000 je.”

34387951 10216698535245771 2618547595076698112 N
sumber: facebook
34393962 10216698535165769 8441056358207324160 N
sumber: facebook

“Sesiapa yang kenal ni tolong tag dia kejap. Dia dah block dekat Facebook, Instagram dan Whatsapp. Mungkin dia segan nak balas Whatsapp dan angkat call, boleh balas kat sini,” kata Fadzil lagi dengan nada sinis.

Berikutan pendedahan tersebut, ada yang menasihati Fadzil supaya membuat laporan polis. Ada yang terkejut sebab Fadzil boleh tahan sampai bertahun-tahun kerana nilainya bukan sedikit.

34445924 10216698535405775 2600879568499769344 N
sumber: facebook
34458359 10216698535365774 157598357433352192 N
sumber: facebook

Fadzil kemudian membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa dia sudi meminjamkan sejumlah wang yang banyak itu kepada si peminjam kerana menyangka pereka fesyen tersebut benar-benar susah ketika itu. Namun, dia tidak menyangka ini pula pengakhirannya.

Pereka fesyen ni memang terkenal dalam kalangan artis tempatan. Takkan la RM10,000 takleh settle, kan? Semoga mereka boleh selesaikan masalah ni dengan cara baik.

Baca: Lelaki Tak Malu Pergi Bercuti Padahal Berhutang Ribuan Ringgit, Sindir Wanita Minta Bayar

Byar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.