in

Busana Shila Amzah Persis ‘Sniper’ Dalam PUBG, Tapi Netizen Tetap Puji Sebab Sopan!

Hgalal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lepas telah berlangsungnya rancangan Gegar Vaganza yang dinantikan ramai dimana rancangan tersebut dilihat cukup meriah dengan persembahan penuh bertenaga para pesertanya.


Tentu-tentu Shila Amzah antara peserta yang ditunggu peminat untuk menyaksikan dari penyanyi berbakat ini. Pada minggu lepas, Shila Amzah telah membawakan lagu berjudul Secangkir Madu Merah yang merupakan lagu bergenre dangdut.

Difahamkan, Shila Amzah juga merangkul tempat pertama pada minggu tersebut dan dikatakan perubahan yang dilakukan oleh Shila Amazah amat baik kerana mengikuti kreativitinya sendiri dari segi pakaian dan gaya persembahan.

Busana Shila Amzah persis ‘sniper’ Dalam PUBG

Video yang berdurasi 15 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan Shila Amzah yang sedang melakukan persembahan di atas pentas bersama penari iringan.

@shilaamzahofficial

Sniper pun sniper la yang penting enjoy takkkk?

♬ original sound – shahilaamzah – shahilaamzah

Untuk pengetahuan korang, bagi minggu ini Shila Amzah memperoleh markah 78.8 peratus sekaligus berada di tempat teratas.

Namun, busananya pula dapat perhatian netizen apabila ada sesetengah daripada mereka mengatakan bajunya itu persis sniper dalam sebuah permainan video iaitu PUBG.

“Sniper pun sniper la yang penting enjoy tak??”

Netizen tetap puji sebab pakaian cantik dan sopan!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat memuji kecantikan Shila Amzah dan ada juga yang mengatakan pakaiannya sopan dan menutup aurat semasa melakukan persembahan.  Ada juga yang berharap dan meramal yang Shila Amzah bakal merangkul juara di dalam Gegar Vaganza musim ini.

Screenshot 2022 10 04 At 5.28.23 Pm

Screenshot 2022 10 04 At 5.28.28 Pm

Screenshot 2022 10 04 At 5.28.40 Pm 1

Yang penting Shila Amzah sudah membuat yang terbaik minggu ini!

Baca: “Baru baik demam” – Shila Amzah Mohon Maaf Buang Gula-Gula Atas Pentas

Screenshot 2022 10 04 At 5.32.05 Pm

 

Sumber: TikTok
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.