Siapa yang tak kenal Shila Amzah? Penyanyi terkenal yang pernah mencetuskan fenomena industri muzik tanah air dan pernah melebarkan sayapnya ke negara China.
Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal menerusi lagu ‘Patah Seribu’ dikecam orang ramai atas satu dakwaan tindakannya membuang gula-gula di atas pentas.
Shila Amzah buang gula-gula atas pentas
Video tersebut telah dimuat naik di laman Instagram rasminya yang memaparkan penyanyi itu sedang mempersembahkan lagu berjudul ‘Khilaf Asmara’ semasa Konsert Merdeka 65 di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Menerusi video tersebut juga, Shila Amzah dilihat telah bertindak mengeluarkan sesuatu dari mulutnya yang dipercayai gula-gula lalu membuangnya di atas pentas.
https://www.instagram.com/p/Ch6YDh2APCY/
“Selamat menyambut hari kebangsaan ke-65, I love being in red especially for last night.”
Video tersebut juga melihatkan Shila Amzah tampak bergaya dengan pakaian gaun yang serba merah dan sangat teruja untuk melakukan persembahan pada malam tersebut.
Shila Amzah mohon maaf, tak sengaja bertindak sebegitu
Walaubagaimanapun, Shila Amzah dengan tindakannya yang kurang senang dan telah membuat permohonan maaf kerana dikatakan dia tidak sengaja melakukan perkara sedemikian.
Difahamkan juga, tindakan tersebut pernah dilakukan olehnya sebelum ini dan sekali lagi mengakui kesilapan.
“Sorry Sebab lupa buang gula2 again.”
Netizen puji kecantikan Shila Amzah berpakaian serba merah
Meninjau di ruangan komen, masih ada ramai netizen yang memuji kecantikan Shila Amzah pada malam tersebut walaupun terpalit kecaman sebab tindakannya. Yang baik tetap kita puji, betul tak?
Semua orang pernah buat kesilapan kan? Min pun nak puji yang Shila Amzah very the gorgeous dengan berpakaian merah tu.
Baca: “Salah ke ‘happy’ walaupun single?’ – Netizen Tuduh Shila Amzah ‘Gatal’ Nak Ada Pasangan