in

“Bukan suntik hari ini, kebal hari ini” – Simple Tapi Padat! Doktor Jelaskan Kenapa Kes Naik Walau Dah Vaksin

Dr Malar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti korang semua familiar dengan Dr Malar kan? Di TikTok, doktor ini rajin menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepadanya dan beliau segara memberikan jawpan yang ringkas tapi padat biarpun celotehnya itu makan dalam.


 

Pernah viral sebelum ini

Pernah viral sebelum ini apabila ada spekulasi mengatakan bahawa vaksin Covid-19 ini boleh meragut nyawa penerima dalam masa 2 tahun. Ramai netizen terhibur dengan persoalan Dr Malar jika golongan yang membuat teori sebegitu ada berkenalan dengan malaikat maut.

In case kalau ada yang tak ingat, boleh rujuk video di bawah ni.

Disebabkan itu, namanya terus dikenali di media sosial dan digemari oleh ramai netizen. Seperti yang diperkatakan tadi, info yang diberikan memang padat dan penjelasannya sangat mudah di fahami untuk golongan-golongan yang bukan datang dari bidang perubatan macam kita ni.

Oleh sebab itu, memainkan peranan sebagai ‘wakil’ frontliner, Dr Malar baru-baru ini ada jawab persoalan yang mungkin kita sendiri tertanya-tanya berkenaan dengan kes Covid-19 ini.

 

Makin ramai dapat vaksin, makin tinggi kes 

Kita sedia maklum bahawa pemberian vaksinasi kepada rakyat Malaysia ini sedang giat dijalankan, berdasarkan kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,  sehingga 27 Julai 2021, seramai 18.4 juta orang rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin, lapor Berita Harian,

Namun begitu, dalam masa yang sama, kes harian Covid-19 kian meningkat, semalam (5/8/2021) sahaja dah pecah rekod tertinggi iaitu 20,596.

Disebabkan itu, ada netizen mempersoalkan isu ini kepadanya dan ini jawapan Dr Malar.

 

Bukan suntik hari ini, terus kebal hari ini” – Dr Malar

Dr Jelas Vaksin Covid Tinggi 3

Untuk fahaman yang ringkas, Dr Malar menjelaskan bahawa kes-kes positif yang diuji adalah berdasarkan aktiviti dari 10 hingga 14 hari sebelumnya, bukannya berdasarkan kes yang dapat diuji hari ini.

“Kes harian hari ini, dia bukan dapat postifi hari ini, bukannya close contact hari ini, ia adalah aktiviti-aktiviti yang berlaku 10 hingga 14 hari sebelum ini. Kita kena faham ya, itu yang pertama sekali.”

Bagi soalan jumlah vaksinasi yang tinggi pula, Dr Malar menjelaskan bahawa ia perlu mengambil masa.

Dr Jelas Vaksin Covid Tinggi 2

Katanya biarpun Jawankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan jumlah statistik vaksinasi yang meningkat, keberkesanan bukan dapat dirasai terus, perlu tunggu masa 2 hingga 3 minggu selepas dos kedua untuk mendapatkan ‘kekebalan’ itu.

“Dan yang kedua, jumlah statistik vaksinasi yang dikeluarkan oleh JKJAV bukan suntik hari ini,terus kebal hari ini, tak ada orang kahwin hari ini, terus beranak hari ini, untuk melahirkan anak perlu 9 bulan betul tak, jadi untuk vaksinasi ni selepas menerima dos kedua, 2 hingga 3 minggu selepas itu baru imuniti lengkap terbina, jadi 400,000 ke 500,000 suntikan yang diberikan oleh JKJAV tidak menunjukkan impak positif pada hari ini.”

 

Impak positif akan dilihat dalam masa beberapa minggu lagi

Dr Jelas Vaksin Covid Tinggi

Menurutnya, kemungkinan kes akan turun menjelang September nanti, ini kerana pada waktu itu mungkin ramai yang dah dapat suntikan kedua dan memperoleh imuniti lengkap.

“Jadi untuk vaksinasi ni selepas menerima dos kedua, 2 hingga 3 minggu selepas itu baru imuniti lengkap terbina, jadi 400,000 ke 500,000 suntikan yang dibelikan oleh JKJAV hari ini tidak menunjukkan impak positif pada hari ini.”

“Kita akan nampak penurunan yang steady pada 4 hingga 6 minggu akan datang apabila pemberian dos tinggi dan berpanjangan dan mereka ini membina imuniti lengkap, apa yang penting adalah penerima dos kedua, itu yang lebih penting sebenarnya dan 2 hingga 3 minggu lepastu kita akan nampak steady decline.”

Dalam pada itu, Dr Malar juga menjelaskan ia bergantung kepada jenis vaksin yang di terima namun secara rambangnya tempoh 2 hingga 3 minggu itu memang memadai buat semua vaksin.

 

Masih positif Covid-19 tahap 4-5 walaupun dah vaksin

@drmalarss

Reply to @sharifahminalkhai Kena faham perlindungan selepas vaksinasi. #celotehdrmalar #vaksincovid19 #covid19malaysia #covid19

♬ original sound – Celoteh Dr Malar – Celoteh Dr Malar

Umumnya, kita dimaklumkan bahawa mereka yang menerima vaksin itu, jika positif kadar gejala akan berkurangan, tetapi masih ada yang teruk. Jadi, ini jawapan Dr Malar.

“Walaupun golongan yang dah divaksin ini dapat jangkitan, apa yang kita nampak adalah mereka akan mendapat jangkitan yang lebih ringan, tahap 1 ke tahap 2, yang kena tahap 4 dan tahap, kebanyakannya baru terima dos vaksin pertama ataupun baru dapat dos kedua, sehari atau 4 hari lepas dapat dos kedua.”

Dalam pada itu, Dr Malar juga memberitahu berkenaan dengan manfaat dan kebaikan jika menerima vaksin ini, beliau berikan contoh seperti di New York dimana mereka boleh makan secara dine in di restoran tanpa perlu memakai mask.

 

Baca : “Esok demam sama2, so sweet” – [VIDEO] Viral! Bakal Pengantin Pergi Cucuk Vaksin Sebelum Akad Nikah

Fi Vaksin Bfr Nikah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.