Sejak kebenaran untuk melangsungkan pernikahan dibenarkan dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak pasangan yang ambil peluang untuk tempah slot supaya mereka dapat diijab kabulkan.
Bukan itu saja, sekarang ni pun orang ramai tengah berlumba-lumba untuk dapatkan vaksin secepat mungkin supaya mereka rasa lebih selamat ketika wabak ini makin berleluasa. Tapi pernah tak korang tengok, pasangan tu dapat tarikh vaksin dan akad nikah pada hari yang sama?
Vaksin dulu, baru nikah
Baru-baru ini, terdapat satu pasangan menjadi perhatian apabila dikatakan hadir untuk terima vaksin yang jatuh pada ‘hari bersejarah’ buat mereka.
Menerusi sebuah video dimuat naik oleh @Syazwan, menunjukkan satu pasangan datang ke PPV Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) untuk menerima suntikan vaksin mereka.
Namun apa yang menariknya, difahamkan kedua-dua mereka akan disatukan pada hari yang sama juga.
Oleh sebab tak nak terlambat, mereka berdua dilihat terus bergegas menuju ke stesen yang berikutnya.
https://www.tiktok.com/@karlishhhh6/video/6992504594592959771?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Sah bergelar suami & isteri
Menerusi satu lagi perkongsian di TikTok, dilihat pasangan tersebut selamat diijabkabulkan selepas selesai urusan vaksinasi dan akad nikah mereka.
Momen bahagia itu dikongsikan oleh si isteri, dan mereka dilihat gembira sambil berpegangan tangan. Sweet ending gitu.
@quinnbiyy Finally !! Official mr and mrs 💍❤️ #fyp #vaccine #esekeli i love youu husband !!
“Akak lengan baju ada zip ke susah tu nak selak”
Menjengah ke ruangan komen, nyata momen itu menjadi bualan netizen. Di samping boleh dikatakan agak ‘unik’, ada juga tertanya macam mana nak suntik sebab lengan baju pengantin susah untuk dilipat. Selain itu, ada juga macam tak percaya situasi macam ni betul-betul terjadi.
Sempat lagi jalankan tanggungjawab sebelum nak nikah, power betullah pengantin ni.
Baca : “Dah macam pergi red carpet” – Netizen Terpegun Tengok Pakaian Che Ta Masa Pergi Suntik Vaksin