in

“Bukan sungai je, udara pun rasa nyaman” – Pernah Dicemari Sisa Toksik, Kini Sungai Kim Kim Makin Pulih Sebab PKP

Feature 2 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun lepas, negara dikejutkan dengan kejadian pencemaran Sungai Kim Kim di Johor sehingga menyebabkan penduduk di situ dan pelajar sekolah di kawasan tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital akibat terhidu bau sisa toksik. Teruk betul keadaan kat situ masa tu kan. 

Sungai 2 1

Kali ini admin nak kongsikan tentang keadaan terkini sungai tersebut yang semakin pulih sewaktu perintah kawalan pergerakan, lapor Harian Metro.


Menurut penduduk di kawasan itu, bau busuk akibat pencemaran sisa toksik juga dikatakan semakin hilang dan berkurangan. Alhamdulillah, semua dah boleh hirup udara segar kan. 

Sungai 1 1

Kalau dahulu air sungai terbabit berwarna kehitaman, kini ia semakin bersih.

Nur Satria Rabu, nelayan yang juga penduduk kampung itu mengatakan jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, kini mereka boleh melihat ikan kecil berenang di sungai terbabit.

Keadaan ini terjadi kerana kebanyakan kilang yang disabitkan dengan pencemaran sisa toksik telah berhenti beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bukan itu sahaja, ikan tilapis, keli dan haruan juga kembali berenang di kawasan tersebut. Jadi, rezeki para nelayan juga telah kembali semula.

Rata-rata netizen juga berharap agar kebersihan sungai ini akan kekal sampai bila-bila dan bukan ketika PKP sahaja.

Sungai 3 1

Betul lah kan, setiap yang dijadikan oleh tuhan itu tak pernah sia-sia. Mesti ada hikmah yang terselit kan. 

 

Baca: ‘Cyanide’: Kaitan Perang Dunia I Dan II Dengan Isu Sungai Kim Kim, Ini Hal Serius Jangan Ambil Mudah!

Sungai

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.