in

Bukan RM2,000, Rupa-rupanya…

Okayyy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh kat media sosial bila negara kita yang digembar-gemburkan hutang sampai RM1 trilion tapi kat Parlimen dihidang dengan daging lembu wagyu.


Benda ni jadi buah mulut ramai sebab makan hidangan mewah sebegini tak seiring dengan niat kerajaan nak berjimat cermat demi negara. Lebih-lebih lagi bila katanya daging tu harga mencecah RM2,000 sekilogram! Wow!

Q 1
sumber: twitter

Tapi menurut Harian Metro, daging wagyu yang dihidang tu tidaklah semahal sangkaan orang ramai. Pengurus Putrade Property Management Sdn Bhd, Wan Abdullah Wan Mohamad menjelaskan bahawa daging tu bukan berharga RM2,000 tapi RM280 sekilogram.

Daging tu juga bukan ditempah oleh kerajaan tapi merupakan pemberian ikhlas pihak katerer.

“Daging wagyu untuk hidangan Perdana Menteri dan tujuh lagi tetamu khas di meja utama pada majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen, Isnin lalu hanya berharga RM280 sekilogram, bukannya RM2,000 seperti tular di media sosial.”

Img 10711
gambar hiasan

“Ia bukan ditempah oleh pengurusan Parlimen sebaliknya pemberian ikhlas daripada pihak katerer bagi meraikan kerajaan baharu dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.”

Setelah sekian lama menjadi katerer di Parlimen, Wan Abdullah menceritakan bahawa ini adalah pertama kali menu hidangan untuk meja utama menjadi isu hingga tular di media sosial. Menurutnya keseluruhan caj makanan untuk lapan tetamu di meja utama hanya RM50 seorang.

“Saiz hidangan juga bukanlah besar iaitu hanya 160 gram sahaja untuk seorang, dan pemilihan menu juga sudah dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ia disediakan.”

Diatunjukni
sumber: berita harian

“Tular konon hidangan mewah berharga ribuan ringgit itu tak betul, sepatutnya pihak terbabit dapatkan penjelasan daripada kami, bukannya buat fitnah di laman sosial.”

Wan Abdullah juga menerangkan kenapa pihak mereka memilih daging wagyu untuk dihidangkan kepada pemimpin negara itu.

“Daging biasa agak keras dan tidak berapa sesuai untuk dinikmati oleh Tun M yang sudah berusia 93 tahun. Beliau adalah ketua negara dan tidak salah jika kami menjaga dengan teliti pemakanannnya.”

Resit
sumber: harian metro

Oooh macam tu. Daging wagyu tu kira macam hadiah katerer untuk raikan pemimpin dan kerajaan baru, jadi makanya bukan Parlimen yang order dan bayar hidangan tu. Seeloknya tanya lah dulu katerer yang urus tu, bukan main sebar berita tak elok kat media sosial.

Baca: Negara Banyak Hutang Tapi Makan Daging RM2,000?

Dggg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.