in

Budak Umur 12 Tahun Tidur Di Jalanan Lepas Ibu Ayah Meninggal Akibat COVID 19 Dapat Bantuan Ustaz Ebit Lew

ustaz ebit lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata dari kita melihat wabak COVID 19 ini sangat berbahaya kerana ia mempunyai kesan yang amat buruk kepada kesihatan.

Namun impak wabak ini sebenarnya lagi besar, bayangkan dugaan yang dihadapi oleh seorang adik berusia 12 tahun ini. Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia akibat COVID 19.


Manakala anak yatim ini pula terpaksa hidup gelandangan dan tidur di tepi jalan. Allahu… beratnya dugaanmu dik. 

https://twitter.com/ustazebitlew/status/1389622899896578050

Kisah adik ini telah mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew selepas ada beberapa pihak memberitahu kepadanya mengenai keadaan remaja ini.

 

“Saya tiada sesiapa lagi ustaz” 

Menerusi perkongsian Ebit Lew di Facebook, remaja yang berusia 12 tahun ini telah dikesan orang ramai tidur di jalanan dekat Bukit Raja Klang.

Ramai orang sekitarnya yang cuba membantu sehinggalah ada insan yang mesej Ustaz Ebit berkenaan kisah budak ini.

Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini.

“Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada hp. Tak kenal saya. Wajah bersih jer jernih.

“Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye,” tulis Ebit.

179208601 4210045295692350 5837474791230884839 n

Sebak dengan nasib yang menimpa remaja berkenaan, Ustaz Ebit telah menghulurkan bantuan dengan membeli barang keperluan kepadanya dan memasukkan remaja tersebut ke sebuah sekolah madrasah atas keinginan remaja itu sendiri.

“Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya.

“Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih,saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

“Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri yer. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini.” 

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/4210045489025664

 

Posting tersebut telah mendapat pujian netizen yang bersyukur adik tersebut akhirnya dibantu dan ramai juga mendoakan semoga Ustaz Ebit tanpa lelah dikurniakan rezeki yang melimpah ruah supaya dapat membantu lebih ramai orang yang kesusahan di luar sana.

Terima kasih Ustaz Ebit!

Baca: “Level international dah ustaz ni” – Netizen Puji Ustaz Ebit Lew Tolong Gelandangan Dekat Afrika Selatan

ebit

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.