in

Budak Sekolah Gaduh Di Stadium Kluang, Polis Lapor Motif Sebab Tidak Puas Hati

Jk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu gaduh dan buli di sekolah ini tidak pernah hilang dan selalu sahaja ada berita yang berlaku setiap tahun. Isu ini pun boleh dikatakan berlaku di mana-mana di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia.


Pelajar perempuan gaduh di Stadium Kluang

Pada hari semalam (4 ogos), tular di media sosial melibatkan kejadian pergaduhan antara dua pelajar perempuan yang dipercayai berlaku di Stadium Kluang, Johor ketika berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSD Kluang kali ke-4.

Tular video kes buli di Stadium Kluang, Johor ketika berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSD Kluang kali ke-54..#inforoadblock

Posted by Inforoadblock on Thursday, August 4, 2022

Video yang berdurasi 31 saat yang dimuat naik oleh Inforoadbloack itu memaparkan situasi huru hara yang melibatkan pelajar perempuan berpakaian biru menyepak berkali-kali di bahagian kepala dan badan seseorang mangsa yang sedang duduk.

Dilihat juga salah seorang pelajar perempuan yang ingin meleraikan pergaduhan tersebut turut sama terkena tempias iaitu telah disepak di bahagian muka.

Berjaya dileraikan oleh para pelajar lelaki

Kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 20 saat sahaja dan akhirnya berjaya dileraikan oleh sekumpulan pelajar lelaki yang berada di tempat kejadian.

Turut dilihat di dalam video tersebut beberapa pelajar perempuan yang menarik pelajar bertudung hitam tersebut ke bawah bagi mengelakkan pergaduhan yang serius berlaku.

Polis ambil maklum, motif sebab tak puas hati

Menurut kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kejadian melibatkan dua orang pelajar itu adalah bermotifkan rasa tidak puas hati ketika dalam kelas sehingga dibawah isu tersebut di stadium.

Menurut kenyataan itu juga, kes akan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Whatsapp Image 2022 08 05 At 2.20.47 Pm 723X1024.Jpeg

Netizen kecam perbuatan tersebut

Video tersebut mendapat banyak perhatian netizen dan rata-rata mereka mengecam perbuatan pelajar perempuan itu dan menganggap ia sangatlah tidak baik lebih-lebih lagi perkara tersebut dilakukan oleh seorang perempuan.

Screenshot 2022 08 05 At 3.33.00 Pm

Screenshot 2022 08 05 At 3.33.13 Pm

Screenshot 2022 08 05 At 3.33.26 Pm

Pergaduhan bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik. Bincanglah sesama kita dengan baik agar tidak memudaratkan diri sendiri kelak nanti.

Baca: “Gaduh dengan kakak sebulan lepas” – Remaja Wanita Terima 6 Jahitan Akibat Ditikam Kunci

Screenshot 2022 08 05 At 3.38.52 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.