in

“Gaduh dengan kakak sebulan lepas” – Remaja Wanita Terima 6 Jahitan Akibat Ditikam Kunci

Ft Mangsa Tikaman Terima 6 Jahitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan kes video pergaduhan antara peniaga dengan seorang wanita yang tular baru-baru ini, Nurul Najihah Azizan 18, mangsa yang cedera pada kening kanan menerima 6 jahitan.


Kata Najihah, perbalahan antara keluarganya dengan wanita tersebut bukanlah satu perkara baru kerana insiden pergaduhan itu juga berlaku pada bulan lepas kepada kakaknya, lapor Harian Metro.

Tak tahu apa punca

Katanya, sebelum ini mereka enggan ambil tindakan lanjut dan mengalah dengan suspek serta keluarganya.

“Jika diikutkan, pergaduhan antara kami dan wanita berkenaan sudah berlarutan sejak saya masih kecil tanpa diketahui punca namun kami sekeluarga tidak ambil kisah dan enggan melayan kerenahnya.”

Najihah Diserang

Katanya Najihah lagi, dia dan pelaku tinggal sekampung, malah cacian dan hinaan pasti akan keluar dari mulut pelaku.

“Kami tinggal sekampung dan setiap kali berselisih pasti ada sahaja kata-kata hinaan dan ejekan wanita terbabit tanpa diketahui punca.”

Menceritakan kembali kejadian dalam video viral tersebut, Najihah pada waktu itu sedang menuju ke gerai mainan milik kakaknya.

“Saya baru pulang dari Alor Setar dan terus menuju ke gerai kakak sebelum berselisih dengan wanita terbabit yang secara tiba-tiba memaki hamun dan menghina kakak tanpa sebab.”

“Saya mempersoalkan tindakannya, dia tiba-tiba naik angin dan mengamuk serta menolak troli sehingga berselerak barang jualan.”

Menurutnya lagi, dia kemudian diserang pelaku dan berlaku pergelutan sebelum dileraikan oleh pengunjung.

“Ketika bergelut, saya ditumbuk wanita berkenaan yang ketika itu menggenggam kunci kereta sehingga membuatkan kening kanan berdarah.”

“Kejadian menyebabkan kening kanan mengalami luka yang agak dalam dan saya terpaksa menerima enam jahitan,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Baca : Tak Puas Hati Isu Perniagaan, Remaja Cedera Lepas Peniaga Tikam Muka Guna Kunci

Ft Gaduh Di Pantai Merdeka

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.