in

Budak Di Indonesia Viral Lepas Guna Kotak Styrofoam Rentas Sungai Untuk Ke Sekolah

F4 Styrofoam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak cari ilmu ni sebab kadang-kadang apabila lokasi sekolah yang terlalu jauh dari rumah akan menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk bangun dan bersiap setiap pagi.



Namun, buat sesetengah kanak-kanak di Sumatera Selatan ini pula, tiada apa yang boleh mematahkan semangat mereka untuk ke sekolah walaupun harus menyeberangi sungai terlebih dahulu.

Memetik laporan Kompas.com, video pelajar sekolah dasar (sekolah rendah jika di Malaysia) menggunakan kotak gabus styrofoam untuk merentasi sungai viral di media sosial di sana baru-baru ini dan ia telah menimbulkan kerisauan netizen Indonesia terhadap keselamatan kanak-kanak itu.

Styrofoam 2

Rupa-rupanya, perkara itu telah menjadi kebiasaan di desa Kuala 12 di mana pelajar sekolah memang sering menaiki kotak itu.

Ada juga sesetengah pelajar di situ yang ke sekolah dihantar oleh ibu bapa dengan menggunakan perahu namun masih ada juga yang lebih gemar naik kotak gabus tu.

Styrofoam 3

Selain itu, ketika dihubungi oleh pihak akhbar tempatan di sana, ketua urusan hal ehwal kampung itu iaitu Adi Perdana turut mengatakan kebanyakan kanak-kanak itu juga boleh berenang.

Namun, perkara itu tetap membuat netizen yang lain marah dengan kerajaan mereka kerana bagi mereka, sistem pengangkutan atau jambatan yang selamat untuk kanak-kanak ke sekolah masih belum disediakan di desa itu.

Apa pulak pendapat korang tentang isu ni? 

Sumber: Kompas.com, Tribunnews Lampung

Baca: Tiada Jambatan, Keranda Jenazah Terpaksa ‘Dihanyutkan’ Untuk Ke Kubur Seberang Sungai

Styrofoam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.