in

Tiada Jambatan, Keranda Jenazah Terpaksa ‘Dihanyutkan’ Untuk Ke Kubur Seberang Sungai

Untitled Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lantaran tiada jambatan, penduduk di sebuah perkampungan di Indonesia terpaksa membawa jenazah di dalam keranda mengharungi arus sungai untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di seberang sungai.


Memetik laporan Tribunnews, sebuah rakaman video menunjukkan aksi penduduk kampung menyeberangi sungai beramai-ramai sambil membawa keranda jenazah baru-baru ini tular di media sosial.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Dusun Gorekanlor yang terletak di Gresik, Jawa Timur.

Jenazah yang dibawa itu pula dikenali sebagai Kasti, yang meninggal dunia pada 2 Disember lalu akibat sakit yang tidak dinyatakan.

Qq

Menurut Ketua Kampung, Mochammad Suhadi, jenazah Kasti sebenarnya boleh saja dikebumikan di kampung dia meninggal dunia.

Namun, keluarganya mahu agar jenazah disemadikan di tanah perkuburan seberang sungai, yang menempatkan sebahagian besar kaum kerabat Kasti. Justeru, atas sebab itulah jenazahnya terpaksa dibawa menyeberangi sungai untuk dikebumikan.

Menurut Suhadi lagi, kejadian seumpama itu merupakan perkara biasa yang dilalui penduduk kampung tersebut setiap kali berlaku kematian.

Dalam keadaan biasa, penduduk boleh menyeberangi sungai sambil mengusung keranda jenazah seperti biasa.

Keadaan menjadi sukar dan sedikit berbahaya ketika musim tengkujuh, namun penduduk mempunyai cara tersendiri untuk membawa jenazah sampai ke seberang tanpa perlu dihanyutkan.

Katanya lagi, disebabkan penularan COVID-19, dana yang diperuntukkan untuk membina jambatan di kampung itu juga terpaksa digunakan bagi tujuan lain, sekali gus membantutkan lagi usaha pembinaan kemudahan tersebut.

 

Baca: “Motif, lambai-lambai” – [Video] Penampakan Mayat Didalam Keranda Melambai Tangan Sebelum Ditanam

Capture 11

Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.