Buat ‘Projek’ Dalam Kereta Depan Restoran!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memalukan! Gara-gara kereta bergoyang, sepasang kekasih kat Indonesia ni kena serbu dengan penduduk setempat. Kereta pasangan kekasih ni diserbu lepas dorang kantoi buat sesuatu yang tak elok kat dalam tu.

Menurut WORLD OF BUZZ, perbuatan tak senonoh pasangan kekasih tersebut diketahui oleh orang awam lepas kereta Toyota Fortuner milik dorang bergoyang-goyang. Kereta yang diletakkan kat kawasan parkir ni kuat sangat bergoyang sampai menarik perhatian orang-orang berdekatan.

Sumber: WOB

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2:30 petang tu, kereta berkenaan diletakkan berdekatan dengan sebuah restoran di Tukangkayu, Banyuwangi. Lelaki dan perempuan berkenaan pada awalnya lepak makan sama-sama dengan seorang rakan kat restoran tu.

Tapi lepas makan tu boleh pulak dorang decide nak kembali semula ke kereta dan buat benda tak senonoh. Disebabkan kereta tu bergerak, pelanggan-pelanggan kat restoran tu jadi pelik dan curiga. Kenapa kereta goyang-goyang ni?

Sumber: WOB

Dorang pun ramai-ramai la pergi hendap kereta tu dan cuba nak tengok apa jadi kat dalam. Bila dorang sampai je kat kereta dan tengok kat dalam, pasangan kekasih tu sedang…

Salah seorang saksi memberitahu yang pasangan kekasih tu dalam keadaan memalukan masa kena serbu dengan orang ramai.

“Pasangan tu dalam keadaan separuh bogel. Dorang suruh pasangan tu keluar dari kereta dan minta kad pengenalan. Tapi perempuan tu cakap dia tak bawak kad pengenalan dia dan lelaki tu pulak dikenali sebagai Mah.”

Sumber: WOB

Pasangan tu dikhabarkan dah buat hubungan seksual sebelum ni dan tak berjumpa selama seminggu. Katanya sebelum tu dorang bergaduh dalam kereta, jadi ada orang cakap mungkin itu cara dorang nak berbaik semula. Apa punya cara la!

Kes ni dah dimaklumkan pada pihak polis dan polis akan jalankan siasatan lanjut.

Dah la buat perkara yang memalukan, kantoi pulak. Dua kali malu!

Baca: Pelajar Mengamuk Selepas Kantoi Khalwat Dalam Kereta Di Parkir Kolej

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.