“Buat perangai tunjuk bunt*t” – Makcik Tunjuk Punggung Lepas Kena Marah Betulkan Paip Jiran?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila hidup berjiran ni, biasalah mesti kadang-kadang ada rasa tak puas hati. Terambil tempat parking, suka buat bising dan macam-macamlah.

Baru-baru ini, tular satu video di Facebook menunjukkan rakaman seorang wanita mengamuk sambil tunjuk seorang makcik letak plastik pada paip luar rumahnya. Apa cerita ni?

Video ini mula tular bila seorang wanita dengan nama Nur Fadly memuatnaik satu video menunjukkan jirannya ini buat sesuatu pada paip rumahnya hingga buatkan wanita ini mengamuk.

“Apa perangai kau bangsat macam ni?”

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh nampak makcik berbaju kelawar ni tengah ikat plastik pada paip belakang rumah jirannya tanpa hiraukan jiran yang tengah maki dia ni.

Posted by Info Kemalangan Jalan Raya on Sunday, August 11, 2019

Walaupun dimaki dengan teruk sampai perkataan “bangsat” pun keluar, makcik ni kelihatan relax je jalan balik masuk rumah lepastu buat muka mengejek sambil tunjuk punggungnya pada jiran yang tengah mengamuk ni dan tak kisah bila jiran dia ni ugut nak buat laporan polis.

Tapi, apa cerita sebenarnya ni?

Menurut beberapa netizen di Facebook, tukang rakam ini yang salah sebenarnya sebab paipnya tak ada saluran ke bawah, jadi bila air keluar, ia melimpah ke atas jalan sebab itu makcik ni ikat paip dia. Pulak dahhh

Dikatakan juga, jiran yang merakam ni sempat pasang extension dekat paip tu bagi panjang bila videonya tular padahal sebelum ni memang pendek sebab tu makcik ni buat macam tu.

“Selalu meludah dekat rumah saya”

Ekoran video tular ini, netizen tanpa buang masa terus menyerang Facebook Nur Fadly. Namun, Nur Fadly sendiri ada sebab tersendiri kenapa dia mengamuk sampai macamtu sekali…

Menurut Nur Fadly, masa paipnya tu panjang, makcik ni memang selalu sumbat paip dia dengan kertas sampai sinki dapurnya tersumbat, sebab tu dia suruh anaknya tarik paip bagi pendek, bila dah pendek dia letak plastik pulak.

Selalu meludah kat rumah saya, mana boleh tahan.”

Seorang jiran lama makcik ini juga tampil mengatakan yang makcik ni memang bermasalah dari zaman dia berjiran dengan makcik ni lagi.

Yelah, setiap cerita mesti ada cerita disebaliknya kan? Kalau betul Nur Fadly ni dah buat laporan polis, kita tunggu je lah mana cerita yang betul mana yang salah…

 

Baca: “Dia sampai letak telinga babi depan rumah” – 6 Keluarga Pindah Rumah Sebab Tak Tahan Dengan Perangai Jiran

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson