in

“Dia sampai letak telinga babi depan rumah” – 6 Keluarga Pindah Rumah Sebab Tak Tahan Dengan Perangai Jiran

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup berjiran ni biasalah kadang baik, kadang gaduh, kadang-kadang yang sampai tak pernah bertegur pun ada. Tapi, kejadian dekat Singapura ni dahsyat sangat dan semua berlaku gara-gara seorang wanita yang digelar ‘jiran dari neraka’.

Mana taknya, gara-gara wanita ini, enam keluarga yang tinggal di tingkat yang sama di sebuah flat di Punggol telah berpindah dalam masa dua tahun.


Laporan polis mengenai wanita ini juga dah banyak dibuat tapi disebabkan pihak berkuasa kata apa yang wanita ini lakukan bukan kesalahan jenayah so dorang pun dah tak ada pilihan lain selain angkat kaki.

Bukan tu je, keluarga baru yang berpindah di sana menggantikan keluarga lama turut membuat laporan mengenai wanita itu. Apa yang wanita ni buat sampai teruk sangat?

Menurut The Star, keluarga kedua yang berpindah ada Februari tahun lepas bersama suami dan seorang anak beusia dua tahun berkata, dia merayu kepada pemaju di sana untuk membiarkan dia menjual rumah tersebut sebelum tempoh minimum lima tahun tapi permohonannya itu ditolak.

“Saya dah tak boleh nak tahan. Bila saya pulang ke rumah lepas kerja, mesti sya aakan jumpa cecair yang direnjis di depan pintu rumah.”

Ada satu hari tu dia simbah minyak masak yang dah dipakai, hari lain pulak bubur. Paling teruk sekali, bila saya nampak telinga babi atas rak kasut saya.”

“Ini adalah rumah pertama yang saya beli tapi saya rasa memang suay (malang). Saya jual flat saya kepada keluarga lain. Tapi, saya bersimpati dengan keluarga tu, tapi semua orang memang dah tak tahan.”

Wanita yang dimaksudkan ini adalah jiran mereka yang berusia 51 tahun.

Screenshot 2019 06 25 At 3.47.08 Pm

Pada tahun 2013, wanita ini dan anaknya yang sedang menunggu keputusan untuk masuk ke universiti ini berpindah ke flat dua bilik. Tapi, masalah yang dialami oleh penghuni di sana bermula setahun selepas itu.

Wakil pegawai polis berkata, laporan yang mereka buat merupakan kesalahan yang tak memerlukan penangkapan. Jadi, mereka hanya dinasihatkan untuk menghormati jiran sebelah menyebelah.

“Kerana laporan mereka merupakan kesalahan biasa yang tak memerlukan penangkapan seperti, gangguan tanpa sengaja dan bunyi bising, mereka dinasihatkan untuk melaporkan perihal wanita ini ke majistret.

Laporan majistret adalah apabila seseorang mahu mendakwa seseorang yang dia percaya telah melakukan kesalahan terhadapnya. Jiran yang membuat laporan majistret ini membuat keputusan tersebut selepas percubaannya untuk menegur wanita itu gagal.

Jiran yang tinggal di atas rumah wanita ini berkata, dia telah diugut dengan “batu besar” bila dia cuba menegur wanita tersebut tentang bunyi bising yang datang dari dalam rumahnya bulan lepas.

Namun, apabila wanita ini diminta untuk memberikan komen tentang laporan jiran-jirannya pada Khamis lepas, wanita tersebut dengan tenang menjawab soalan.

“Kalau penduduk sebelum ini menjual rumah mereka kerana saya, saya nak bagitahu yang saya tak lah hebat sangat. Saya ni sorang je, saya tak boleh nak buat semua ni. Saya juga ada rakaman perbuatan mereka yang mengganggu saya, dorang pun bukan baik sangat.” Pulakkk

Screenshot 2019 06 25 At 3.47.22 Pm

Salah seorang bekas jiran wanita ini yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, jiran-jiran di sana dah siap berkumpul untuk bincangkan masalah tersebut.

Perbalahan mereka bermula apabila owner sebelum ini yang tinggal berhadapan dengan wanita ini telah menegur perbuatan wanita ini.

Namun ‘jiran dari neraka’ itu berkata, pasangan tersebut telah menabur habuk rokok di celah-celah lubang pintu kayunya hingga dia terpaksa memasang CCTV di luar rumahnya.

Dalam masa lima tahun ini, wanita ini menambah dia telah membuat laporan dengan beberapa agensi lain termasuk Agensi Persekitaran Negara tentang jiran-jirannya.

Apabila diberitahu yang jiran-jirannya telah mengadu tentang muzik kuat dan ketukan pintu datang dari rumahnya, wanita ini berkata dia perlu tidur dengan radio untuk menenggelamkan bunyi-bunyi dari atas.

Tahun lepas, pasangan di hadapan rumah wanita ini telah menjual rumah mereka kepada seorang ibu tunggal.

Pada hari pertama dia berpindah, polis datang ke rumahnya kerana mendapat aduan yang saudaranya membuat bunyi bising dan merokok di koridor.

“Sebulan kemudian, dia simbah minyak masak di luar pintu rumah saya sebanyak tiga kali.”

Sudah, orang tu blame orang ni, orang ni blame orang tu. Last-last jiran dari neraka je steady tinggal situ.

 

Baca: “Kami dah lali bau taik” – Wanita Stress Dapat Jiran Pengotor, Sesuka Hati ‘Membuang’ Depan Rumah

Screenshot 2019 06 25 At 3.45.47 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.