in

“Terkejut nampak kelawar dalam sup” – Takut Dijangkiti Coronavirus, Satu Keluarga di Wuhan Bergegas Ke Hospital Buat Test Covid

Bagaikan dah terlalu trauma dengan apa-apa berkaitan kelawar, satu keluarga di Wuhan baru-baru ni, bergegas ke hospital untuk buat test COVID-19 lepas mendapati sup khinzir yang dibeli mereka mengandungi haiwan tersebut.

Menurut Daily Mail, sup khinzir yang dipesan dari sebuah restoran di Wuhan itu telah dicemari oleh haiwan mamalia tersebut dengan sayap dan tubuhnya kelihatan dalam keadaan ‘mengerekot’. 

Terkejut dengan apa yang dijumpai dalam sup yang baru separuh dimakan itu, mereka sekeluarga terus bergegas ke hospital untuk membuat ujian COVID-19. Namun mujurlah keputusan dari test tersebut negatif. Phew! Buat panik je kan.

Menurut ketua keluarga tersebut, Encik Chen, dia pada mulanya sudahpun memakan sup itu terlebih dahulu dan tak sedar akan kewujudan bangkai kelawar tersebut.

“Bila saya nak panaskan ia semula dan mencedok sedikit, tiba-tiba saya nampak satu benda hitam. Ia bangkai anak kelawar. 

“Saya angkat guna chopstick dan nampak ia ada sayap dan telinga serta berbulu,” katanya.

Keluarga ini walau bagaimanapun tidak tahu bagaimana haiwan tersebut boleh berada di dalam sup mereka dan pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terhadap restoran yang menyediakan sup tersebut.

Haih… mau tak gelabah kan bila jumpa kelawar! 

Baca: Lepas Covid-19, China Termasuk Wuhan Dilanda Banjir Teruk

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail