Isteri kepada pelawak Harith Iskander iaitu Dr Jezamin Lim meluahkan rasa tidak puas hati terhadap denda yang dikenakan terhadap pembuli siber sampai membawa kepada kematian seorang pempengaruh, Rajeswary Appahu atau lebih mesra dikenali sebagai Esha.
Dalam satu hantaran Instagram miliknya, dia yang mengakui tidak arif dalam bab undang-undang mempersoalkan tindakan yang dikenakan terhadap wanita yang mengaku bersalah kerana membuli Esha, baginya ia seperti tidak setimpal.
Artikel berkaitan : “Saya pun hairan RM100 macam tu” – Ibu Esha Kecewa, Denda Dikenakan Pembuli Siber Tak Setimpal
Artikel berkaitan : Kes Buli Siber Esha: Pembantu Rumah Mengaku Bersalah Didenda RM100
Menurutnya, denda untuk buang sampah di tempat yang tak sepatutnya pun dikenakan bayaran sebanyak RM500, namun dalam kes ini pembulian dilakukan sehingga meragut nyawa mangsa yang mana nilai itu dirasakan sangatlah tidak wajar.
“Saya bukan pakar dalam undang-undang, tetapi saya tidak pernah mendengar denda RM100, terutamanya apabila melibatkan perkara yang serius seperti buli siber.”
“Bahkan denda “buang sampah” di tempat yang salah pun RM500 dan dalam kes ini dia membuli sampai ke tahap mengsa mengambil nyawanya sendiri.”
Malah, Dr Jezamin turut mempertikaikan tindakan pembuli apabila melihat reaksi pembuli tersebut berdasarkan video tular yang memaparkan dirinya semalam saat keluar dari mahkamah.
View this post on Instagram
“Penampilan dan sikap sombong dia semasa keluar dari mahkamah, dia kelihatan benar-benar selesa dengan fakta bahawa tindakan dia itu membawa kepada kematian wanita lain. Dalam keadaan lain, ini boleh disamakan dengan membunuh.
“Saya berdoa dan berharap keluarga mangsa mendapat ketenangan dan sokongan orang ramai dan pihak berkuasa mencari jalan untuk menghukum pesalah dengan cara yang lebih setimpal.”
Nampaknya ramai yang tak berkenan dengan reaksi individu ni.
Sumber : Instagram
