in

“Buang sampah dalam longkang” – Sri Muda Banjir Lagi, ADUN Dedah Puncanya…

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran hujan lebat jam 4 petang semalam, beberapa kawasan Taman Sri Muda telah mula ditakungi air.


Menurut beberapa netizen di media sosial, beberapa rumah di sana juga mula dinaiki air paras buku lali namun begitu ia mula surut sekitar jam 5 petang.

Menurut Pengarah Pasukan Bomba Dan Penyelamat Norazam Khamis, punca kenaikan air di kawasan tersebut adalah disebabkan longkang-longkang yang tersumbat di kawasan tersebut, lapor Malay Mail.

Memetik laporan dari Sinar Harian pula, ADUN Kota Kemuning V Ganabatirau mengatakan punca banjir semalam adalah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat di sana.

Saya juga kesal kerana nampak tidak ada semangat kejiranan di beberapa taman di kawasan Taman Sri Muda dalam hal ini, keadaan ini tidak sama seperti di Kampung Bukit Lanchong, mereka bekerjasama dalam hal kebersihan.

“Memanglah tugas MBSA dan juga KDEBWM, namun begitu sebagai masyarakat prihatin, masyarakat dalam kejiranan, kita perlu membersihkan sampah di kawasan kita, di tempat sendiri.”

Tambahnya kebanyakan sampah yang dibuang bukan saja dari kediaman penduduk, malah peniaga tepi jalan di laluan sepanjang laluan masuk taman perumahan turut melakukan tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Kita sudah melakukan apa yang termampu dan kerjasama penduduk serta peniaga begitu diperlukan bagi memastikan tiada sisa sampah dibuang ke dalam longkang sekali gus mampu menyebabkan banjir kilat.”

Isu buang sampah dalam longkang ni bukanlah isu yang baru, dekat mana-mana tempat mesti akan ada orang macam ni. Sama-samalah kita jaga persekitaran kita ya?

 

Baca: Mangsa Banjir Taman Sri Muda Shah Alam Nak Saman MBSA & Pihak Berkuasa Lain Sebab…

Screenshot 2022 01 25 At 2.15.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.