in

“Buang je gambar budak tu” – Menyampah Ibu Kandung, Netizen Minta Datin Shahida Delete Gambar Anak Angkat

Shahida Qayyum

Tak sampai sebulan baby Terlajak Laris, Qayyum atau mesra dipanggil Yom dipulangkan semula kepada ibu kandungnya.

Anak angkat Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida itu dikembalikan selepas kecoh di media sosial bahawa mereka tak reti menjaga kanak-kanak itu dengan baik.

Jaga Yom sejak dari dalam perut

Sebagai ibu bapa, siapa yang tak sayang anak walaupun bukan dari darah daging sendiri.

Lebih-lebih lagi, mereka telah menjaga Yom sewaktu dia masih dalam perut ibu kandungnya sehingga dia berumur setahun lebih.

Qayyum 1
sumber: instagram
Qayyum 2
sumber: instagram

Tertekan dengan tuduhan dan tekanan netizen, pasangan jutawan usahawan kosmetik ini terpaksa memulangkan Yom semula kepada ibu kandungnya.

Selain Yom, pasangan ini juga turut mengambil seorang lagi anak angkat bernama Ameena.

“Jaga Meena lagi bagus..”

Bagaimanapun, dalam keseronokan keluarga bahagia ini berkongsi gambar percutian mereka ke Langkawi, ada juga netizen yang masih teringat-ingat akan peristiwa sedih yang melanda keluarga itu.

Sampai memaksa Datin Seri Shahida untuk delete je gambar-gambar Yom.

Shahida Dherbs 1
sumber: instagram
Shahida Dherbs 4
sumber: instagram

Amboi, emosi sangat nampak!

Orang tengah seronok-seronok bercuti seisi keluarga ada juga yang komen bikin hangat, ye? Korang ni memang tak boleh tengok orang bahagia ke macam mana?

“Budak tu tak berdosa, yang nak benci dan padam dah kenapa?”

Tapi apa salahnya kalau Datin nak simpan sebagai kenang-kenangan? Ok je kot..

Shahida Dherbs 2
sumber: instagram
Shahida Dherbs 3Jpg
sumber: instagram

Jadi apa kata angkatan tentera bawang Malaysia? Ingatkan isu ni dah settle lama dah.

Baca: “Ada rezeki kita jumpa di syurga ya sayang!” – Datin Shahida Kongsi Detik Sedih Melepaskan Qayyum Kepada Ibu Kandung

Shahida Qayyum 758X399 1