“Botol air pun bahaya” – Guru Kimia Dedah Bahaya Guna Botol Air Yang Tiada Label ‘Free BPA’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau korang perasan, kini dah terlalu banyak pattern dan design untuk botol minuman bagi kegunaan seharian.

Botol minuman juga tidak hanya sinonim dengan golongan pelajar, namun orang dewasa yang bekerja juga kebiasannya mempunyai botol minuman mereka sendiri.

Tapi, adakah korang pasti, botol minuman korang tu selamat digunakan?

Baru-baru ni, seorang guru bagi mata pelajaran kimia telah berkongsi mengenai pengetahuannya berkaitan keburukkan yang boleh berlaku jika menggunakan botol minuman yang tiada label Free BPA.

ibu2, take noted ye yg gunakan botol air ecoutk anak2 😊😊😊✌️✌️.. info dr cikgu kimia… screen shot dr fb cikgu #mfs

Posted by Ana Noorhana on Monday, January 20, 2020

Apa benda BPA tu?

BPA atau bisphenol-A merupakan zat kimia sintetis yang biasa digunakan pada  produk konsumer di mana salah satunya adalah merupakan botol susu bayi.”

Guru kimia tersebut pada mulanya hanya ingin membuat perkongsian mengenai bahaya jika menggunakan botol minum yang tiada label BPA.

Namun perkongsiannya itu menjadi tular apabila ramai netizen yang share di sekitar laman media sosial.

Gambar Hiasan

Menurut guru tersebut, pengguna boleh semak label BPA yang berada di bahagian bawah botol.

Tambahnya lagi, dia meminta pengguna untuk mengelakkan daripada mengambil botol plastik yang mempunyai label no 7.

Namun, jika botol tersebut mempunyai label nombor 5, ia adalah yang terbaik.

“Tak salah nak beli botol yang murah, tapi pastikan ada label Free BPA” katanya.

Bukan itu sahaja, guru ini turut berkongsi kesan buruk yang bakal berlaku jika korang terus menggunakan botol minuman yang tiada label BPA.

Jika menggunakan botol minuman yang tiada label BPA dengan terlalu lama, korang boleh terdedah dengan serangan penyakit kanser.

Jadi, selagi kita boleh elakkan daripada terkena sebarang penyakit berbahaya, selagi itu lah kita kena beringat.

 

Baca: “Botol air pun boleh jadi punca kebakaran?” – Bomba Dedah Bahaya Simpan Botol Air Dalam Kereta Ketika Musim Panas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Hey whatsapp gais. Layan anime tak?