“Botol air pun boleh jadi punca kebakaran?” – Bomba Dedah Bahaya Simpan Botol Air Dalam Kereta Ketika Musim Panas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mesti ramai dalam kalangan kita yang selalu tinggalkan botol air dalam kereta masing-masing kan?

Kadang-kadang tu terlupa nak bawa keluar, terbiar je la botol tu dalam kereta berhari-hari.

Korang tau tak, sebenarnya bahaya tinggalkan botol air dalam kenderaan — terutama ketika musim panas?

 

Botol boleh menghasilkan haba?

Seorang ahli bomba, David Richardson dari Jabatan Kebakaran Midwest di Amerika Syarikat memberitahu — botol air sebenarnya boleh menghasilkan haba dari sinar terik cahaya matahari.

Menurutnya, sinaran matahari boleh menembusi botol yang dipenuhi air dan ia bertindak sama seperti kanta pembesar yang berupaya menjana haba untuk memulakan kebakaran.

Katanya, cecair jernih seperti air di dalam botol itu berupaya untuk develop a focused beam, sekali gus mampu menghasilkan percikan api yang akan bertukar menjadi satu bencana kebakaran besar.

Satu ujian turut dijalankan untuk mengkaji kebenaran itu, dan pihak Jabatan Kebakaran Midwest City mendapati — pembiasan cahaya matahari melalui sebotol air mampu mencapai suhu kepanasan sehingga 250 °F. Haba itu kemudian berupaya membakar bahagian dalam kereta yang diperbuat daripada bahan-bahan mudah terbakar — seperti fabrik, tempat duduk dan sebagainya.

Bahaya sebenarnya!

Dalam satu video yang dibuat oleh seorang juruteknik di sebuah stesen janakuasa, Dioni Amuchastegui — beliau menunjukkan bagaimana perkara yang kita anggap biasa itu berupaya menjadi ancaman keselamatan pengguna kenderaan.

Safety Check: Water Bottle in a Hot Car

Did you know that on a hot day, a see through water bottle in your car has the potential to start a fire? Neither did Stations Battery Technician Dioni Amuchastegui.

Posted by Idaho Power on Thursday, July 13, 2017

 

Dioni berkata, perkara itu disedarinya sewaktu beliau melihat asap tiba-tiba muncul dari tempat duduk lorinya.

Dia kemudian mendapati, ia berpunca daripada cahaya matahari yang menembusi sebuah botol air, yang ditinggalkan di bahagian tempat duduk yang diperbuat daripada kulit.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kerusinya berlubang — hasil haba yang dijana menerusi cahaya matahari dan faktor suhu panas pada ketika itu.

Jadi selepas kejadian itu, pihak bomba menasihatkan orang ramai supaya tidak menyimpan botol air di dalam kenderaan dan tidak membiarkan ia terdedah kepada cahaya matahari — kerana dikhuatiri boleh menimbulkan sebarang kejadian tidak diingini.

 

Baca: Budak Dua Tahun Mati Terbakar Dalam Kereta Lepas Main Dengan Kotak Mancis Ayah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.