in

“Bosan tidur kandang kot”- [Video] Lembu Selamba Masuk Rumah, Siap Berehat Atas Tilam

Feat Lembu Final 1 E1641085979738

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang rumahnya pernah dimasuki oleh haiwan, sudah pasti akan berasa cuak dan berusaha sedaya upaya untuk menghalau haiwan berkenaan supaya keluar dari rumah.


Hal yang sama berlaku kepada keluarga pemuda ini yang cuak selepas mendapati salah sebuah bilik tidur di rumah mereka telah dikunjungi oleh ‘tetamu misteri’.

Rakaman video yang berdurasi selama beberapa saat itu memperlihatkan gelagat selamba ‘tetamu misteri’ tersebut yang enak duduk bersenang-lenang di atas tilam dalam bilik tidur berkenaan.

Video tersebut yang dimuat naik di aplikasi Tiktok oleh pemilik akaun yang bernama @anazbecks7 telah berjaya meraih perhatian netizen.

@anazbecks7

Sapi der man

♬ original sound – Anaz Becks ? – Anaz Becks ?

Muka tak bersalah

‘Tetamu misteri’ itu yang merupakan seekor lembu dilihat hanya menayang muka selamba apabila ‘kantoi’ pecah masuk rumah serta mengambil kesempatan dengan berehat pula di atas tilam tuan rumah.

Mereka kemudiannya bertindak untuk menghalau keluar lembu itu namun haiwan berkenaan langsung tidak peduli dengan suasana kecoh tersebut.

Feat Lembu 1

 

Tampar punggung baru lari

Salah seorang ahli keluarga pemuda berkenaan telah bertindak dengan menampar bahagian punggung lembu tersebut.

Gara-gara terkejut, lembu berwarna coklat tersebut terus bangun dan menyebabkan kesemua mereka gelabah melarikan diri kerana takut disondol.

Lembu Tepuk

Ha tau takut. Mencicit semua lari. 

Video ini berjaya meraih sebanyak lebih 3 juta views dan 20,000 comments daripada netizen yang terhibur dengan gelagat selamba lembu ini.

 

Melawat kali kedua 

Apa yang lebih menghiburkan, lembu ini bukan hanya berkunjung kerumah tersebut untuk sekali, malah turut membuat lawatan ke rumah yang sama untuk kali yang kedua!

Video kedua yang dimuat naik oleh @anazbecks7 di akaun Tiktok miliknya menunjukkan lembu coklat tersebut masuk ke rumahnya untuk kali yang kedua.

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu menunjukkan lembu berkenaan berdiri di depan muka pintu bilik dan cuba untuk masuk ke bilik lain yang telah ditutup pintunya.

Adoi, kandang takde ke lembu oi? 

@anazbecks7

Masuk rumah lagi sapinya

♬ original sound – Anaz Becks ? – Anaz Becks ?

Video kedua berserta caption “Masuk rumah lagi sapinya” ini pula berjaya meraih sebanyak lebih 600,000 views.

Lembu Masuk 4

Lembu Masuk 3

 

Kandang mewah dilapik tilam – Netizen

Rata-rata netizen berseloroh mengenai gelagat lembu berkenaan yang kelihatannya sudah bosan tidur di kandang dan ingin menukar ‘selera’ baru dengan tidur di bilik siap dilengkapi tilam.

Komen 1 1

Komen 2 1

Komen 3 1

Lembu pun moden sekarang.

Baca: “Jenuh nak samak” Comel! Anjing Jiran Terlepas Masuk Rumah, Sempat Main Dalam Kolam 

Baca Lembu 1

Sumber: Tik Tok
Sumber: Tik Tok
Sumber: Tik Tok
Sumber: Tik Tok
Sumber: Tik Tok
Sumber: Tik Tok
Sumber: Tik Tok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.