in

Bosan Kena Tinggal Di Rumah, Budak Panjat Tingkap & Tersangkut Tak Boleh Gerak Di Tingkat 13

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Bosan Kena Tinggal Di Rumah, Budak Panjat Tingkap & Tersangkut Tak Boleh Gerak Di Tingkat 13
Loading
/

Budak-budak ni memang penuh dengan curiousity. Dorang tak tahu lagi erti bahaya atau risiko yang dorang akan hadapi bila buat sesuatu.


Macam insiden yang berlaku di China ni, seorang budak hampir maut lepas berpaut dekat tepi tingkap rumahnya di tingkat 13.

Dari video dekat atas ni, korang boleh nampak seorang budak berdiri di belebas (bilah yang dipasang di luar tingkap) dengan badannya bersandar ke tingkap belakang sambil dua tangannya memegang bingkai tingkap. Bahayanyaaa

0 Pay Asiawire Climbingkid 01

Korang jugak boleh tengok security guards dan beberapa jiran tengah bersiap sedia dekat bawah dengan cadar katil untuk cuba sambut budak tersebut.

Menurut Mirror, saat genting ini disedari oleh jiran bawah rumah, Zhou Shaoting selepas dia mendengar tangisan budak tersebut.

Shaoting telah keluar dari tingkap rumahnya dengan harapan untuk menyelamatkan budak tersebut, tapi dia tak dapat cari tempat untuk berdiri dengan selamat.

Memang bahaya, budak tu boleh jatuh bila-bila masa je.”

Kerana Shaoting tak boleh nak selamatkan budak tersebut, dia membuat keputusan untuk berdiri bersama budak itu sehingga bantuan atau keluarga sampai.

Lebih kurang 15 minit selepas itu, atuk kepada budak lelaki ini bergegas pulang ke rumah dan menarik masuk cucunya ke dalam rumah.

0 Pay Asiawire Climbingkid 07 1

“Pagi tadi saya hantar cucu perempuan saya ke sekolah. Tak ada orang dekat rumah ketika itu, jadi saya tinggalkan telefon pada cucu saya dan beritahu dia untuk tunggu di rumah.”

Atuk ini kemudian mendapat tahu yang cucunya telah menarik kerusi ke tingkap dan memanjat keluar sebelum terperangkap.

Jiran keluarga ini, Shaoting telah dipuji oleh media tempatan dan diangkat sebagai hero.

Mana taknya, admin pun salute dengan lelaki ni. Dia sanggup bergadai nyawa untuk selamatkan budak ni. Memang tak ramai orang yang nak buat macam ni.

 

Baca: Terdesak, Ibu Jatuhkan Anak Dari Tingkat 10 Lepas Rumah Mereka Terbakar

Screenshot 2019 05 15 At 11.17.53 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.