Sehingga ke hari ini, penindasan kejam yang dilakukan oleh tentera Zionis masih lagi tidak selesai sehingga mengorbankan ribuan nyawa rakyat Palestin dan kini rakyat negara tersebut sedang berada di Rafah setelah digesa oleh tentera yang tidak berhati perut itu.
Dalam pada itu, seramai tujuh orang doktor sukarelawan Malaysia yang berkhidmat merawat penduduk Palestin di Rafah sedang terperangkap di sempadan tersebut.
Masuk Palestin sejak 1 Mei 2024
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di Instagram, Dr Haniff seorang pakar bedah yang sedang bertugas di Rafah memberitahu dia dan enam pakar yang lain sedang terkandas berikutan sempadan itu telah ditutup oleh tentera Zionis.
Artikel berkaitan: Tempat Perlindungan Terakhir Rakyat Palestin Diserang Israel, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Rafah Sekarang
Artikel berkaitan: “Rafah? Siapa tu?” – Ning Baizura Terpinga Bila Ada Netizen Laung Sokongan Terhadap Palestin
Kini Dr Hanif dan enam pakar bersamanya sedang berada di sebuah hospital yang terletak di Al-Mawasi setelah diarahkan berpindah dari hospital sebelumnya yang termasuk dalam kawasan red zone.
Sempadan masih lagi ditutup, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) cuba untuk melintas sempadan Karem Shalom tapi masih lagi tiada berita baik untuk kami…
Kami sedang menunggu arahan daripada WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) untuk keluar secepat mungkin apabila border Rafah dibuka oleh Israel. Doakan kami, doa anda penting buat kami…
Mereka bertujuh merupakan doktor pakar yang berkhidmat di bawah pertubuhan bukan kerajaan, The Malaysian Medical Relief Society (MERCY) dan telah masuk ke Palestin sejak 1 Mei 2024.
View this post on Instagram
Caprice gesa bantuan PMX
Di kapsyen hantaran tersebut, Caprice menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan untuk membantu ketujuh-tujuh pakar tersebut untuk keluar dari Rafah yang semakin bahaya dan mengancam keselamatan mereka.
Minta bantu doktor Malaysia yang terperangkap di Gaza.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada kesemua doktor tersebut kerana sanggup merisikokan diri demi membantu saudara seislam di Palestin.
Moga dipermudahkan urusan mereka.. terima kasih doktor!
Sumber: Instagram