in

Bosan Hidup Single? Anda Kini Boleh Sewa Teman Lelaki Dengan Harga Kurang RM1/Sejam

Sewa Pakwe E1642900689504

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang kala wanita bujang akan pergi ke pusat membeli belah seorang diri tanpa berteman. Namun, kali ini, mereka boleh dapatkan peneman supaya tidak bersendirian! Menurut Asia One, sebuah pusat membeli belah telah memperkenalkan perkhidmatan sewa boyfriend kepada wanita di luar sana yang masih single. Wow!


Pusat beli belah yang terletak di Haikou, Wilayah Hainan China ini telah menyediakan enam orang lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 26 tahun dan masing-masing mempunyai ketinggian dalam 180cm. Mereka diletakkan di dalam kotak display, lengkap berpakaian sut dan tampak segak!

Bf4Blur
sumber: daily mail

Para lelaki ini boleh disewakan selama sejam sahaja diantara jam tiga hingga sembilan malam oleh mana-mana wanita single yang berminat. Namun begitu, kekasih yang disewa, tidak boleh dibawa keluar dari pusat beli belah tersebut.

Cara untuk menyewa kekasih ini juga amat mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR pada kotak dan membayar 1 yuan yang bersamaan kurang daripada RM1. Murahnya!

Bf6Blur
sumber: daily mail

Kekasih pilihan untuk disewa ini, bukan sahaja dapat menemankan pelanggan mereka sepanjang berada di dalam pusat membeli belah tersebut, malah mereka menyediakan perkhidmatan memegang beg, memilih pakaian serta mengambil gambar. Walau bagaimanapun tiada persentuhan fizikal dibenarkan.

Bf7Blur
sumber: daily mail

Perkhidmatan ini berjaya menarik minat pelanggan kerana sebaik sahaja penyewaan teman lelaki dimulakan, kesemua lelaki telah pun berjaya disewakan dalam masa lima minit sahaja.

Pengurus perancangan pusat beli belah tersebut, Shi Guoshan memberitahu bahawa kesemua lelaki tersebut terdiri daripada pengurus pusat beli belah itu juga.

Mereka dipilih berdasarkan rupa dan ketinggian dan mestilah mempunyai ketinggian dalam 180cm.”

Bf5Blur
sumber: daily mail

 

Bf3
sumber: daily mail

Zhuang, salah seorang ‘kekasih’ untuk disewa menganggap itu sebagai satu peluang untuk menemankan ‘kawan’ pergi membeli belah. Dia juga mengakui telah mengambil gambar dengan pelanggan di atas permintaan mereka.

Ianya sebahagian perkhidmatan yang disediakan. Tetapi kami cuba elak persentuhan fizikal kerana tidak dibenarkan.”

Idea perkhidmatan ini dilihat sebagai bernas dan ianya timbul memandangkan budaya berkongsi semakin popular di China serta kerana terlalu ramai wanita bujang di negara China.

Amboi! Dah macam sewa barang pulak…

Baca: Lelaki Sanggup Pakai Kasut Tinggi Milik Kekasih Yang Sakit Kaki Terima Pujian netizen

Bf1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.