in

‘Border’ Malaysia Dah Buka! Ini Senarai Negara Yang Terima Pelancong Dari Malaysia

Rentas Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tarikh 10 Oktober 2021, kerajaan telah mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin bermula hari ini. Pada masa yang sama, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa menggunakan My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).


Akhirnya! Malaysia dah buka ‘border’ ke luar negara guys! Korang dah boleh slow-slow rancang nak bercuti dalam negara je ke atau ke oversea. Kalau korang ada plan nak bercuti ke oversea, buat masa ini, ada lebih 40 buah negara yang menerima pelancong dari Malaysia yang dah lengkap divaksin tanpa perlu jalani kuarantin.

United Kingdom

1100X619 Cmsv2 2Fe46097 8532 5D80 A0D4 Bd7B48F6Ce53 5850348

Mulai 4 Oktober lalu, pelancong yang bukan dari negara yang termasuk dalam ‘redzone’ Covid-19 dan dah lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk memasuki UK tanpa menjalani kuarantin. Tetapi, transit Manchester masih tak dibenarkan. Antara syarat lain untuk ke UK ialah mesti berstatus negatif ujian RT-PCR tiga hari sebelum berlepas.

Ukraine

Ukraine Airports

Untuk ke Ukraine, korang mestilah sekurang-kurangnya dah 1 dos vaksin dan korang kena install aplikasi VDOMA untuk memudahkan pemantauan sepanjang tempoh kuarantin. Kalau korang dah lengkap dua dos vaksin atau korang bawa family yang berumur 12 dan kebawah, ujian saringan tak perlu dilakukan. Korang takpayah kuarantin kalau keputusan ujian PCR atau Covid-19 Rapid Antigen Test korang negatif dalam tempoh tiga hari kemasukan. Yang paling penting sekali, korang wajib ada insurans travel.

Maldives

Dhaalu Airport

Kepada sesiapa yang sepanjang dua tahun duduk rumah ni ada kumpul duit lebih sikit and tak rasa nak bercuti dekat pulau local je, boleh try book percutian ke Maldives. Syaratnya korang kena lengkap dua dos vaksin. Korang tak perlu jalani kuarantin kecuali kalau korang tiba dari United Kingdom. Walaupun korang dah lengkap dua dos vaksin, tetapi korang masih kena kuarantin selama empat hari kalau korang dari United Kingdom. Manakala, yang belum divaksin (kalau korang lepas lah rentas negara) perlu kuarantin selama 14 hari. Korang hanya perlu lampirkan result negatif RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 96 jam.

Selain daripada negara-negara ini, banyak lagi negara yang benarkan kemasukan individu yang dah lengkap vaksin, bebas Covid-19 dan tak perlu kuarantin seperti Brazil, Kanada, Turki, Switzerland, Jerman, Amerika Syarikat dan Mesir.

Tetapi, jangan lupa untuk jalani kuarantin wajib sebaik sahaja pulang ke tanah air semula. Selamat bercuti!

Baca: Tular Vie Shantie Bercuti di Janda Baik, Polis Nafi Tak Perlu Surat Untuk Rentas Negeri

Baca Rentas Negara

Sumber: Euronews
Sumber: Getbybus
Sumber: Myholidays

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.