Tiada Bahagian Warna Kuning, Telur Rebus Ini Tarik Perhatian Ramai

Tambah ke Sumber Pilihan
Telur Rebus

Kalau makan nasi lemak, macam tak lengkap pula kalau tiada telur rebus dan telur mata. Kalau telur mata tu kuning telur dia cair lagi sedap kan. 

Namun, seorang individu di Jepun ini pula terkejut apabila telur rebus yang mahu dimakan olehnya tiada bahagian yang berwarna kuning.


Ini kerana bahagian kuning telur atau egg yolk yang sepatutnya berwarna kuning menjadi warna putih.

Memetik laporan Must Share News, individu itu terkejut setelah melihat keadaan telur rebus ini setelah dikupas.

Gambar telur rebus itu telah dikongsikan di platform X oleh akaun tsudajunko.

3 2Sumber: X @tsudajunko

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tetamu Homestay ‘Check-out’ Tinggalkan Sepapan Telur, Owner Terkejut Jumpa Anak Itik Menetas

Artikel  Berkaitan: “Jangan cuci telur sebelum simpan” – Dr Malar Kongsi 2 Cara Terbaik Untuk Simpan Telur Dalam Peti Sejuk

Walau bagaimanapun, menurut individu tersebut, rasa telur tersebut sama sahaja seperti telur rebus biasa yang mempunyai kuning telur berwarna kuning.

Difahamkan, dia telah membeli telur tersebut di sebuah pasar di Okinawa, Jepun.

Seorang lagi pengguna X turut berkongsikan masakannya yang menggunakan telur yang kuning telurnya berwarna putih.

4 2Sumber: X @Ritta_wander

Difahamkan, warna egg yolk itu bukan berwarna kuning sebaliknya berwarna putih kerana ayam telah diberi makan nasi sahaja.

Ini kerana difahamkan juga, warna kuning telur adalah dipengaruhi oleh jenis makanan yang dimakan oleh ayam.

Sumber: Must Share News

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tiada Bahagian Warna Kuning, Telur Rebus Ini Tarik Perhatian Ramai
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tiada-bahagian-warna-kuning-telur-rebus-ini-tarik-perhatian-ramai/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM